N41 MANEK URAI |
Jumlah Pengundi: 12,292 Peratusan Kaum: M:99.25% C:0.44% I:0.26% L:0.02% |
1. Ismail Yaacob (Pas) (5,746) 2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) (4,394) |
Majoriti: 1,352 Jumlah undi: 10,332 Peratus mengundi: 84.05% Undi rosak: 192 |
Penyandang: Mohamed Zulkifli Omar (BN) (Majoriti: 53 undi) |
Sekali lagi PM di uji, di N12 Penanti, PM sudah mengaku kalah. Tewas sebelum berlawan. Alasan yang di beri kerana tidap perlu bertanding amat dangkal.
Sekarang di N41, Manik Urai apa pula alasan bodoh yang akan diberikan pula. BN/UMNO dalam delima sama ada terus bertanding atau terus berundur sehingga PRU13 tiba.
Jika BN/UMNO bertading juga di N41 Manik Urai dan kalah teruk pula, mana nak letak maruah UMNO. Ujian Allah ini sangat berat bagi UMNO. 'Ditelan sakit perut, diluah kelaparan'.
BN/UMNO sudah tiada pilihan, kena bertanding di ke dua2 DUN. Kalah menang berserah kepada rakyat. Inilah masa yang paling tepat untuk buktikan bahawa BN/UMNO sudah pulih. BN/UMNO tidak perlu takut kepada kenyataan. Buktikan kekuatan BN/UMNO.