Monday, April 20, 2009

Mengapa BN/UMNO 'nampak takut' PRK N12 PENANTI



Tun DSAAB yang bergelar sebagai (PM Mr. Clean) cuma dapat bertahan 1 penggal sahaja sebagai PM Malaysia. Pada PRU12 BN/UMNO mengalami kekalah teruk dan hampir tumbang. Kerajaan BN/UMNO terselamat kerana sokongan rakyat dari Sabah dan Sarawak sahaja.

Lantas dengan kekalahan di Semenanjung itu, hampir semua ahli2 dan sebilangan pemimpin2 UMNO menyalahkan kepimpinan Tun DSAAB dan menantu nya. Siang-malam para pemimpin dan ahli UMNO ini berteriak minta Tun DSAAB segera berundur.

Yang menghairankan, mengapa Timbalan nya TIDAK berbuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan. Sebagai Timbalan PM, inilah masanya untuk menunjukkan kehebatannya - bantu PM sehingga keadaan PULIH, BUKAN berdiam diri. (mungkin PM benarkan TPM nya membantu nya) Jika tidak, ternyata TPM gagal membantu PM semasa dalam keadaan yang genting itu. Kegagalan ini telah membuktikan kelemahan Timbanan nya.


Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih. Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH DSAAB BERUNDUR.

Yang mendukacitakan BN/UMNO tidak akan bertanding di N12 Penanti jika diadakan PRK. Ini lah sejarah pertama BN/UMNO 'boikot' PRK.
TDM mantan PM, "BN/UMNO tidak harus mengaku kalah sebelum bertanding."

Kesimpulan nya: Dimana letekanya Kelemahan BN/UMNO?
-----------------Adakah tindakan mengundurkan Tun DSAAB satu tindakan yg betul?
-----------------Bilakah BN/UMNO akan dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia?
-----------------Bolehkah BN/UMNO pulih seperti sediakala di zaman TDM?

6 comments:

Jeepers Creepers said...

"Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang"

BN/UMNO tidak kalah apa apa disana. Keadaannya memang sama sebelum prk. Dikira seri. lainlah kalau pkr menang dibatang Ai, barulah boleh dikatakan pembangkang menang.

tentang dun penanti, buat apa nak ikut langkah anwar. Suka suka nak letak jawatan lepas tu adakan prk. Menyusahkan rakyat untuk mengundi saja.

Lagipun dah memang tabiat pembangkang, suka bercakap apa saja perkara buruk tentang BN/UMNO. BN/UMNO masuk bertanding atau tidak, kamu tetap akan mengataklan sesuatu yang buruk.

Semua orang tahu tabiat kamu ni.

Ex-UMNO said...

Sebenarnya BN/UMNO sudah TIDAK di terima rakyat biasa yang berfikiran waras.

Penyokong2 BN/UMNO cuma tinggal yang ada kepentingan dan rakyat yang kurang pelajaran dan terkongkong oleh keadaan.

Seperti di Batang Ai, rakyat nya terdiri lebih 90% kaum iban yang tersisih dari media luar.

Kaum ini akan berasa selesa jika ada benda untuk dimakan dan pakai secukupnya. Mereka tidak memerlukan apa2 selain dari itu.

PKR dikira berjaya di Batang Ai - kerana mendapat lebuh 2000 undi dan TIDAK hilang wang pertaruhan bagi kali pertama.

Jika BN/UMNO sudah pulih rakyat tentu kembali menyokong kerajaan - BN/UMNO tentu akan menang di B.Selambau dan B.Gantang.

add said...

Salam,
Kalau saya nak kan naluri kemennagan dalam diri saya , maka saya boleh menyertai PR. Tetapi saya tidak akan berbuat sama sekali kepada parti yang telah membawa Malaysia sehingga menjadi sebuah negara yang disegani sebagaimana hari ini.

Walaupun tohmahan yang mennyatakan bahawa kepada mereka yang berjuang dengan umno hanyalah untuk kepentingan diri dan orang tidak berpelajaran.. maka ini sebenarnya adalah diri sdr semasa menyertai UMNO dahulu,, kerana dengan adanya "masyuk" maka dengan itu anda telah menyertai UMNO.. apakah ini satu sikap yang mulia bagi seorang Muslim? apakah ini bukan dinamakan hipokrit? talam dua muka? pelacur parti? apakah berkat memebri kluarga dengan wang yang diperolehi dari sikap diatas? apakah tidak akan dibalas oleh Allah kepada anak cucu anda nanti esok,lusa atau dihari mendatang?

Apakah parti komponen PR telah melacurkan ideologi masing-masing kecuali DAP sahaja yang masih tetap untuk memajukan bangsa mereka sahaja manakala dua parti komponen PR adalah dengan terang melacur bangsa sendiri demi mendapat sokongan politik semata-mata.
Kalau dilihat trend sekarang ini tidak mustahil pemimpin DAP akan masuk Islam demi untuk mendapatkan cita-cita menjadi PM di Malaysia. Selepas menjadi PM Cina maka beliau akan kembali kepada agama asal demi untuk membela nasib bangsa mereka sendiri.

Janganlah terpedaya dengan ucapan manis, senyuman manis DAP... dalam BN kalau tak puas hati terus cakap ,, bukan hipokritmacam pemimpin dalam PR...

Janganlah melacur bangsa demi kepuasan hati dalam berpolitik...
sekian,

Ex-UMNO said...

Memperjuangkan UMNO sama memperjuangkan kekayaan. Selama berada dalam memperjuangkan UMNO Ex telah membuat harta bertimbun2.

Sekarang Ex telah insaf dan kembali kejalan yang benar.

Satu masa dulu yang memperjuangkan UMNO cuma dari kalangan guru2 dan orang biasa yang berminat untuk memperjuangakan agama, bangsa dan negara sahaja.

Hari ini irang2 ini telah ditenggelamkan oleh orang2 koperat yang banyak wang. Pejuang UMNO yang miskin cuma boleh jadi pencacai2 UMNO sahaja.

Ex adalah salah seorang yang telah ditenggelamkan oleh orang koperat ini. Ex tidak mampu berbelanja besar untuk mempertahankan kedudukan.

Perjuangan pemimpin2 UMNO hari ini hanya se mata2 kerana wang.

"Banyak wang berkuasa,"
"Berkuasa tambah harta".

Kejujuran dalam UMNO sudah 'mati'.

Anonymous said...

AJK PKR Putrajaya ada di sini
http://jamilismail.blogspot.com
musang berbulu ayam

**cIk KoBiS** said...

sokongg YB RAz 100%...
mengalahh tak semesti nyerr ktee kalah....
watt pe lahh kte nakkk ikuttt terlunjuk n kerenahh pembangkangg....banyak lagiii yangg perluu kitaa pikir....
bia lahh pembangkanggg meroyannn sorang2......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...