Thursday, June 4, 2009

UMNO - Tinggal Harapan


khusuk mengikuti ceramah PAS

Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?

Selepas PRU12 yang hampir menumbangkan kerajaan BN dan hilang kuasa memerintah di lima buah negeri, UMNO nampaknya belum mula pulih. Pada kekalahan PRU12 yang hampir menumbangkan BN, banyak sebab di sebabkan mengapa BN/UMNO ditolak rakyat.

Salah satu daripada nya ialah kerana kelemahan PM nya. Lantas dengan itu para pemimpin2 atasan UMNO mahukan PM segera berundur. Walaupun baru satu penggal memerintah, belum sempat membuktikan kebolehan nya, beliau dipaksa berundur.

Sepatutnya beliau diberi peluang untuk membuktikan kebolehan nya memulihkan BN/UMNO. Ini berlaku disebabkan ada kemungkinan satu pehak yang mahu mengambil kuasa dengan segera.

Cuba lihat sekarang, dalam 5 PRK diadakan, BN/UMNO cuma menang 1 sahaja. Itu pun di Sarawak kawasan yang sangat terpencil.

Di N12 Penanti, BN/UMNO tidak berani bertanding, di Manik Urai pun UMNO nampak ter kiyal2 untuk bertanding, kalau boleh tak mau, tapi apakan daya terpaksa juga bertanding. Jika kalah juga - Sah BN/UMNO sudah buat kesilapan besar undurkan Tun AAB yang tidak bersalah dan berdosa itu.

Jika disebabkan Tun AAB lemah, sekarang PM baru pun BN/UMNO masih tidak diterima rakyat. Sebenarnya pemimpin2 BN/UMNO hingga ke hari ini masih belum tahu atau sudah tahu tetapi tidak mahu mengaku tahu mengapa BN/UMNO ditolak rakyat. Yang paling nyata BN/UMNO masih belum ada fomular untuk pulih kan BN/UMNO.

BN/UMNO sudah dijangkiti AIDS atau kenser yang tidak boleh diubati lagi. Hanya tunggu ajal nya tiba pada PRU13 nanti.

2 comments:

Anonymous said...

ERRR BLOG NI MANUSIA PUNYE KEE BEROK PUNYE?

PUTRA MERDEKA said...

hehe...sabar beb sabar...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...