Sudah lebih 100 hari PM Baru kita menerajui negara Malaysia. Rakyat sangat berharaf satu perubahan besar dapat dilakukan oleh PMB terhadap orang melayu khasnya yang sekian lama telah menyokong UMNO.
Perubahan yang sangat diharaf oleh penyokong2 UMNO ini bukan lah besar sangat, cuma keperulan dan keselesaan hidup seharian sahaja.
Lebih kurang setahun yang lampau harga beras makan rakyat biasa cuma lebih kurang RM13.00 bagi yang 10% hancur. Hari ini beras jenis 10% ini terlalu sukar didapati. Kalau ada pun harganya mencecah RM18.00. Kalau nak tunggu makan beras jenis ini mungkin ada yang mati kelaparan.
Beras yang ada berlambak dipasaran ialah gred 5% hancur berharga RM26.00 sahaja. Bayangkan jika seseorang berkerja buruh menanggung lebih 5 orang ahli keluarga, berapakah belanja beras nya sebulan.
Itu baru beras saja, belum lagi lauknya. Tahukan anda berapa harga sekilo ikan kembung? (ikan makanan melayu), atau sekilo ayam?
Bagaimana pula harga tepung, gula dan susu? Tak payah lah cerita panjang bab harga makanan ini. Kerana pembaca semua sudah maklum tahu.
Bagi yang berpendapatan tetap dan tinggi semua ini tidak jadi masalah. Tetapi bagi yang tidak berpendapatan tetap dan rendah pula ini adalah masalah yang sangat besar.
Sejauh manakah berhasilnya kerajaan mengawal harga makanan? Sedangkan rakyat mendapati kenaikan harga barangan makanan berlaku setiap saat.
Sekarang sudah hampir tiba bulan Ramdzan pula, sudah ada angin bertiup memberi khabar berita bahawa gula akan naik lagi. Menteri berkenaan memberi jaminan ianya tidak hingga akhir tahun. Boleh percayake?
Kita sama2 tunggu dan lihat.
2 comments:
Teruskan perjuangan yang hak
TQ for the visit and comment
Post a Comment