Friday, October 16, 2009

UMNO boleh berubah selepas perhimpunan agung?


Apa juga strategi perubahan yang akan di luluskan dalam perhimpunan agung UMNO tidak akan memberi apa2 kesan terhadap kepimpinan UMNO.

Sikap pemimpin2 yang tamak mengaut dan mengumpul harta kekayaan tidak mudah di ubah. Rasuah untuk mempertahankan jawantan tidak mungkin di hapuskan.

Sebenar nya pemimpin2 yang lantang berkokok dalam perhimpunan itulah petualang besar yang menyemarakan rasuah dan saban hari mengumpul harta kekayaan.

UMNO tidak akan berubah selagi masih ramai pemimpin2 yang ada hari ini tidak keluar parti. Makna nya semua pemimpin yang diketahui sudah terlibat politik wang di singkir keluar dari UMNO.

Sebenar nya hampir semua pemimpin UMNO sudah terlibat dengan politik wang. Paling malang bila pemimpin ini dengan megah nya menyatakan politik wang tidak salah dari segi perundangan negara. Tetapi ianya tetap dipandang hina dari segi moral dan HARAM di sisi agama Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...