Showing posts with label Perjuangan PAS Belum Selesai. Show all posts
Showing posts with label Perjuangan PAS Belum Selesai. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Bloggers Pakatan Rakyat - tumpukan perjuangan melawan propaganda UMNO terhadap PAS



Kita kita sedang berhadapan dengan serangan dari UMNO terutamanya terhadap PAS. Setiap hari kita lihat dan dengar dalam media cetak atau electronik tentang serangan dari UMNO.

Sebenarnya, apa yang sedang berlaku dalam PAS tidak lah seburuk dengan apa yang sedang berlaku dalam UMNO. Kini UMNO sedang berusaha menutup keburukan dan kelemahan mereka. UMNO sedang dilanda berbagai krisi dalaman dan luaran, terutama dari parti komponen nya MCA, MIC, PPP dan Gerakan.

MCA sedang berhadapan dengan satu masalah yang besar, ada kemungkinan parti itu akan terus lumpuh dan dibubarkan. Sebenarnya hampir 85% kaum cina sudah tinggalkan MCA dan menyertai DAP. Yang tinggal dalam MCA itu cuma pemimpin2 atasan dan segelintir pencacai2 nya sahaja.

Yang pasti, UMNO akan tumbang pada PRU13 nanti jika kaum cina dan india terus memberi sokongan nya kepada Pakatan Rakyat.

Thursday, June 18, 2009

Perjuangan Belum Selesai

Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

Dalam memerangi musuh kita perlukan banyak bantuan tenaga dan kewangan. Sekarang dengan pertolongan Allah kita telah mendapat bantuan dan sokongan kaum kafir. Sokongan kaum kafir ini sangat bermakna bagi kita. Kita mesti terus berusaha sedaya upaya supaya kaum kafir ini akan terus membantu kita.

Walaupun kita tahu apa motifnya kaum kafir ini telah senggup membantu kita. Kita kena terima dalam keadaan berwaspada. Kerana kaum kafir ini juga pernah bersama membantu musuh kita satu masa dahulu.

Jika UMNO menjadi teras dalam BN, maka PAS juga mesti menjadi teras dalam PR. PAS juga mesti berupaya mengawal dan tidak se wenang2 nya mengikut atau menurut segala kehendak parti lain yang dibawah kawalan nya seperti PKR dan DAP.

Jika PAS gagal menjadi parti teras, maka PAS juga akan gagal melaksanakan segala hasratnya seperti menubuhkan Negara Islam serta melaksanakan hukum Hudud.

PAS akan menjadi parti menempel sahaja, kerana jika DAP dan PKR bersatu tenaga dan suara dalam Dewan. Ini mungkin akan berlaku disebabkan bilangan kerusi DAP+PKR akan melebihi kerusi PAS.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...