Saturday, March 24, 2012

Keyakinan Najib terhadap PRU13 terlalu tinggi..............

Najib terlalu yakin akan memenangi PER13 ini dengan mudah. Keyakinan beliau adalah berdasarkan sambutan rakyat miskin terhadap pemulang balik kan wang rakyat. Beliau terlupe bahawa pemikiran rakyat hari ini sudah berubah, tidak sama macam 2 atau 3 puluh tahun dahulu.

Itu lah kesilapan UMNO, masih menganggap rakyat bodoh. Sebenar nye pimimpin2 UMNO lah yang bodoh, apa bila lihat ramai yang hadir pada hari2 perayaan atau kedatangan pemimpin melawat sesuatu daerah maka mereka anggap rakyat sudah menyokong UMNO.

Pemimpin2 ni bukan nye tidak tahu bahawa yang ramai datang itu telah di kerah, di upah, diangkut dan di beri makan minum - semuanye dengan percume. Kerahan2 rakyat untuk hadir ke sesuatu perayaan dan keraian atau lawatan pemimpin2 UMNO ini bukan nye perkara baru, sebelum UMNO merundum jatuh pada PRU12 lalu, senario yang sama juge berlaku tentang sambutan rakyaat terhadap UMNO.

Sebenar nye sayap2 UMNO seperti di bahagian Wanita dan Pemuda sangat bermasalah. Najib cuba melindungi  permasalahan dalam Wanita UMNO dengan mengadakan perhimpunan khas, seperti photo di atas kita lihat pemandangan 'full house' dalam perhimpunan yang kunun nye bersatu padu menyokong ketua mereka - Shahrizat Jalil.

Pada hakikat yang se benar2 nye, berapa buah negeri kan yang ada bawa sepanduk menyokong Shahrizat? Cube perhatikan kembali poto2 dalam persidangan itu. Selain dari itu, kita juge tidak nampak muka2 lama seperti YB Rafidah dan rakan2 nye. Sebenar nye vetren2 Wanitan UMNO sudah boikot ini persidangan.

Najib sudah terlupe berapa ramai kah bilangan wanita2 yang masih lagi berdiri teguh di belakang Rafidah dan rakan2 nye. Dengan perbuatan Najib melindungi Shahrizat, bermakna Najib sudah memusuhi veteran2 Wanita UMNO keseluruhan nye. Pasti protest2 "Wanita UMNO Veteran" ini akan ter terjemah dalam PRU 13 akan datang.

Thursday, December 29, 2011

Keris kebanggaan UMNO berkarat.......................

Setiap kali PAU diadakan, Pemuda UMNO tidak pernah lupa dengan keris pusaka datuk moyang UMNO nya. Mereka berteriak sambil menghunus dan terus menjulang keris dengan bengis dan garang.

Malang nya kini keris pusaka UMNO ini sudah di simpan dalam muzium UMNO. Mengapa mereka tidak berani untuk keluarkan keris ini lagi? Pemuda UMNO sudah simpan keris nya bukan kerana musuh sudah tiada atau sudah terhapus. Jawapan sebenar nya UMNO TAKUT.

Siapa kah yang menakutkan Pemuda UMNO ini? Jawapan nya MCA dan Parti Gerakan. Pemuda UMNO takut keluarkan keris pusaka UMNO kerana cina MCA dan Gerakan sudah marah dan beri amaran supaya Pemuda UMNO jangan keluarkan keris pusaka UMNO untuk takutkan cina.

Sekarang macam mana, siapa yang dah jadi takut pada siapa? Jawapan nya Pemuda UMNO sudah takut sama MCA dan P Gerakan - terpaksa simpan sahaja keris pusakan UMNO dalam muzium UMNO hingga keakhir hayat UMNO.

Walaupun UMNO sudah simpan keris nya, cina masih simpan dendam terhadap UMNO. PRU 12 cina cuma kasi warning saja pada UMNO, UMNO kehilangan hampir 5 buah negeri dan hampir tumbang tergolek. UMNO bernasib baik kerana di selamatkan oleh penduduk2 Sabah dan Sarawak yang ketinggalan zaman.

Awas! PRU 13 hampir tiba - dendam cina masih belum berakhir. UMNO sedang di landa berbagai krisis seperti NFC dan lain2. UMNO pasti tumbang tergolek pada PRU 13 ini.

Menyara keluarga dari hasil kerja memukul manusia..........

Apa pendapat anda tentang poto ini ................................

Wednesday, July 14, 2010

Perangai anjing dengan kucing UMNO masih kekal.

Pemimpin2 dan pencacai2 UMNO telah mengkhianati melayu selama 64 tahun. Semua pemimpin2 dan pencacai2 nya hidup mewah kaya raya banyak harta wang ringgit ber ribu juta. UMNO telah gagal membela nasib melayu, ekonomi negara telah dikuasai oleh bangsa asing. Hari ini bangsa asing ini sudah berani dan lantang untuk menguasai politik pula.

Melayu telah berpecah belah dan kuasa politik nya semakin lemah dan kucar kacir. Inilah hasil lumayan hadiah dari UMNO untuk melayu. UMNO telah gagal membangunkan ekonomi dan berjaya meruntuhkan kuasa politik melayu. UMNO cuba melemparkan kegagalan nya kepada parti pembangkan yang tidak pernah memerintah negara walau pun sehari.

Pemimpin2 dan pencacai2 UMNO ini cuma pentingkan kuasa mereka sahaja. Setiap kali diadakan pertanding merebut kuasa pasti berlaku RASUAH. Tidak cukup dengan rasuah, kini berlaku pula perkelahian dan pergaduhan yang sangat mengaibkan melayu.

Menjadi pemimpin atau pencacai UMNO sangat menguntungkan. Dengan jawatan ketua cawangan atau bahagian sahaja sudah boleh jadi jutawan. Ini lah yang menyebabkan mereka sanggup melakukan perkara buruk seperti rasuah dan bergaduh sesama sendiri. Perkara utama pemimpin dan pencacai UMNO ialah mengumpul harta kekayaan. Perjuangan membela melayu adalah perkara yang kedua dan terakhir.

Setelah 64 tahun, akhirnya UMNO mengaku kegagalan nya dengan menubuhkan PERKASA. Malang nya PERKASA di tentang habis habisan oleh cina. Sekarang tinggal siapa lagi yang boleh membela nasib melayu? Harafkan PAS, atau PKR? Semuanya sama sahaja - gila kuasa dan harta sama juga dengan UMNO.

Memang tepat peribahasa tentang kapak iaitu kayu menebang kayu. Akhirnya kayu juga yang tumbang.

Wednesday, May 26, 2010

UMNO/BN akan pulih sepenuhnya selepas PRU13.

PRU12 yang lepas telah menyedar kan pemimpin2 UMNO jika mereka mahu sedar tentang kedudukan sebenar parti itu. Pada PRU12 Kerajaan BN sudah tumbang di Semenanjung. Talian hayat nya diselamatkan oleh pengundi2 dari Sabah dan Sarawak sahaja.

Senario politik hari ini sudah berubah, BN/UMNO tidak lagi boleh mengharafkan talian hayat nya dapat disambung oleh rakyat Sabah dan Sarawak. PKR Sibu telah memberi isyarat bahawa sokongan mereka boleh berubah pada bila2 masa sahaja.

UMNO sudah menjadi bualan sebagai parti yang bergelumang dengan najis RASUAH. Tidak ada seorang pemimpin2 atau pencacai2 UMNO yang menjalani jalan hidup secara sederhana - semua pemimpin2 dan pencacai2 ini kaya raya, banyak harta wang ringgit berjuta2.

Negara telah dibebani oleh hutang, rakyat terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang sangat tinggi. Kemana larinya semua hasil negara? Sedangkan negara kita kaya dengan berbagai hasil di bumi dan di lautan.

Singapura yang hidup dengan berdagang sahaja pun boleh lebih maju dan mewah. Mengapa pula Malaysia ketinggalan kebelakan dari segi ekonomi nya?

Kesedaran rakyat telah mengejutkan BN/UMNO pada PRU12. Kini gelombang kesedaran rakyat ini akan berterusan sehingga kerajaan yang korupt ini tumbang.

Friday, May 14, 2010

Malaysia Negara Judi

Malaysia Negara Judi

SERVICE "U" UMNO-BN SMASH "S"-HARUSSANI


SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.-

Sumber : TVSelangor

Monday, April 26, 2010

Trend pengundi kaum cina sudah berubah.......


Politik kaum cina tidak sama dengan politik kaum melayu dan india. Kaum cina berpolitik untuk mencari keuntungan. Dimana mereka boleh nampak ada jalan untuk mengaut untung, disitu mereka akan memberi sokongan penuh.

Setelah mereka mendapat untung besar (menguasai ekonomi negara) kini mereka ingin pula menguasai politik.

Kaum cina ini sudah terlalu banyak mendapat untung semasa mereka menyokong BN. Pada PRU12 yang lepas mereka telah membuat satu ujian terhadap senario politik di tanah air kita. Mereka telah keluar ber ramai2 dari MCA dan Gerakan, mereka menyokong DAP pula.

Hasihnya, mereka berjaya menawan P Pinang dan hampir menawan Perak. Kini mereka sudah merasa lebih selesa berada dalam parti lawan iaitu DAP. Sebenarnya MCA, Gerakan, PPP atau MIC cuma tinggal nama parti nya sahaja. Hampir semua penyokong2 nya sudah berada dalam DAP.

P94 Hulu Selangor telah memberi gambaran yang jelas dan nyata, kaum cina sudah tidak memberi sokongan penuh kepada BN. Berkenaan kaum india pula, mereka cuma menyokong calun nya sahaja kerana ianya dari kaum india. Jika calun nya bukan dari kaum nya pasti mereka akan menyokong PKR.

BN akan menghadapi satu lagi ujian yang lebih besar dan pahit di P212 Sibu, Sarawak. Majoriti pengundi nya ialah kaum cina. Jika BN tewas di P212 Sibu maka harapan BN untuk berkuasa selepas PRU13 adalah sangat gelap.

Tuesday, April 13, 2010

Penyokong UMNO yang bangang dan terus di bangangkan.


Kuasa politik melayu memang sudah terhakis. Kuasa orang melayu di Malaysia ini hanya tinggal pada kuasa politik nya sahaja. Kuasa ekonomi melayu sudah lama lenyap ditelan oleh bangsa asing. Kini bangsa asing ini sedang berusaha pula untuk melenyapkan kuasa politik kaum melayu.

Sebenar nya mereka telah berjaya memecah belahkan kuasa politik melayu sehingga terpaksa melutut kepada kaum asing ini demi untuk mengkalkan kuasa yang tinggal nyawa2 ikan ini.

P 94 telah membuktikan bertapa lemahnya kuasa politik melayu. Melayu terpaksa tunduk dan akur kepada kemahuan bangsa asing. Jika tidak, melayu akan jahanam. Cuba anda bayangkan jika P 94 majoriti pengundi nya bangsa asing, mahukah mereka menyokong melayu sebagai calun nya?

Melayu mesti segera sedar, kuasa politik melayu akan berakhir jika melayu terus berlemah lembut dan bertolak ansur dalam segala hal yang berkaitan dengan politik.

Selagi melayu bersifat murah hati dan bertolak ansur, serta berpecah belah dalam politik, tidak mustahil sedikit masa lagi melayu pasti akan diperintah oleh bangsa asing.

Wednesday, February 24, 2010

Kemana lagi mahu lompat pada PRU13 akan datang?


Manusia yang sentiasa hidup dalam keadaan lupa diri, tidak pernah mahu mengenangkan asal-usul diri. Hidup dengan tiada pendirian tetap, sentiasa ber ubah2 mengikut keadaan dimana boleh cari untung dan boleh sambung sara hidup.

Manusia ini akhirnya telah di 'buang daerah' hidup terumbang-ambing tidak tentu arah. Akhirnya telah mendapat belas ikhsan dari PAS dan telah di selamatkan oleh PAS dari hidup 'melarat' tidak tentu arah.

Perangai dan akhlak nya masih tidak mahu berubah masih lagi keras hati dan bebal - tidak tahu mengenang budi seperti 'kacang lupakan kulit'.

Dia lupa bahawa diri nya masih lagi berada di khalayak ramai kerana bantuan PAS yang telah memberi peluang bagi nya untuk bertanding diatas ticket PAS. Jika tidak sudah pasti manusia ini telah tenggelam batu kedasar lautan dalam. Rupa dan nama nya juga akan terus terpadam dalam dunia politik.

Walaubagai mana pun riwayat nya semakin hampir tamat, PRU13 akan pasti menamatkan riwayatnya. Pisang tidak pernah berbuah dua kali. Kemana pula sikatak ini akan melompat meminta belas kasehan untuk sambung riwayat nya. Mungkin UMNO yang di ibaratkan seperti tong sampah bagi ahli2 politik sampah yang tiada pendirian hidup sahaja yang sanggup terima nya.

Wednesday, February 10, 2010

Memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat

Copy paste dari : nalapambu-09.blogspot.com

Tuesday, February 9, 2010

Kesetiaan Anjing Terhadap Tuan nya.


Anjing merupakan mamalia kanin dalam susunan karnivora. Telah dikatakan bahawa anjing dipelihara semenjak 12,000 tahun, tetapi mungkin selama 150,000 tahun berasaskan bukti genetik. Pada masa kini, anjing telah berubah menjadi beratus jenis dengan banyak variasi. Sebagai contoh, ketinggian dari beberapa inci (seperti anjing Chihuahua) sehingga hampir tiga kaki (seperti Irish Wolfhound), dan warna dari hitam ke putih, dengan merah, kelabu (biasanya dikenali sebagai biru), dan perang yang wujud dalam pelbagai varaiasi pola.

Anjing, seperti manusia, adalah haiwan sosial dan pemburu berkelompok; kesamaan dalam tabiat mereka menjelaskan bagi tabiat mudah dilatih, suka bermain, dan keupayaan bagi menyesuai dengan kehidupan dalam rumah manusia dan keadaan sosial.

Anjing memenuhi pelbagai peranan dalam masyarakat manusia dan seringkali dilatih sebagai anjing bekerja. Bagi anjing yang tidak mempunyai tugasan tradisi, pelbagai jenis anjing sukan memberikan peluang bagi menunjukkan kemahiran semulajadi mereka. Dalam kebanyakan negara, peranan yang paling biasa dan kemungkinannya yang paling penting adalah sebagai teman.

Anjing telah hidup dan bekerja bersama manusia dalam banyak peranan sehinggakan ketaatan mereka mendapat gelaran "teman terbaik manusia". Anjing peliharaan manusia ini sanggup lakukan apa saja mengikut perintah tuan nya. Jarang sekali kita dengar anjing peliharaan ini engkar perintah atau berani menggigit tuan nya.

Kesanggupan anjing ini ikut perintah tuan nya tidak terhad. Pernah juga terdengar cerita anjing yang sanggup mati kelaparan tidak mahu makan yang diberikan oleh orang yang bukan tuan nya. Ini berlaku kerana tuan nya sudah mati.

Pada masa yang sama, sesetengah agama seperti Islam pula menganggap cecair yang berasal dari anjing sebagai najis. Walaubagaimanapun, di sesetengah lokasi di mana agama Islam adalah agama majoriti, sesetengah anjing, seperti anjing Saluki, tetap dibela, malah, dibenarkan masuk ke dalam rumah tuannya. Anjing Saluki masih dianggap sebagai anjing yang penting untuk orang Bedouin.

Dalan agama Yahudi, walaupun anjing digelarkan sebagai haiwan tidak kosher atau 'bersih', seseorang Yahudi masih boleh membela dan menyentuh seekor anjing tetapi diharam menjadikan anjing sebagai haiwan sembelih. Dalam kebudayaan lain, anjing pula dianggap sebagai makanan.

Nala bela anjing untuk jadi jaga di dalam pagar rumah saja.

di copy paste dari:-
nalapambu

Wednesday, January 27, 2010

PKR tetap unggul walaupun menerima serangan hebat dari UMNO

Satu ceramah umum yang bertemakan "Gegar, Gerakan Gelombang Rakyat, Keadilan Untuk Anwar" telah berlangsung pada malam 22, Januari 2010 di dewan markas PAS Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak.

Walaupun pada malam itu diadakan beberapa sekatan jalan raya, tetapi semangat rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat tetap datang memberi sokongan padu terhadap pemimpin mereka iaitu DSAI.

Di anggarkan lebih 5 ribu penyokong hadir pada malam itu. Selain dari mendengar ceramah2 dari pemimpin PR, pada malam itu juga diadakan majlis penyerahan borang kemasukan menjadi ahli PKR dari penyokong(ahli) UMNO kawasan Pasir Salak.

Ini telah membukti kan rakyat sudah hilang kepercayaan nya terhadap pemimpin2 UMNO. Jika sekiranya DUN Perak dibubarkan, pasti BN/UMNO akan menerima kekalahan teruk.

Monday, January 18, 2010

Nasik sudah jadi bubur, jadi makan saja lah bubur...


Jika dikaji dari segi kecenderungan rakyat hari ini, kedudukan PR sedang berada di hadapan membelankangi BN/UMNO.

Tahun 2010, tahun yang bermula dengan memberi banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Salah satu keuntungan yang sedang dinikmati oleh PR ialah berkenaan isu agama. Sebenarnya isu agama inilah yang sangat di tunggu2 kedatangan nya oleh PR.

Isu agama ini lah satu senjata yang paling berkesan di gunakan oleh PR untuk menawan Sabah dan Sarawak. Jika pada PRU12 PR gagal di Sabah dan Sarawak, kini pada PRU13 nanti PR akan pasti meraih kemenangan yang mudah.

Sekarang, dipersoalkan mengapa isu agama ini di timbulkan dan siapa yang mahu isu ini ditimbulkan? Sebenarnya jawapan ini sudah terjawab didalam fikiran semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.

Isu ini sebenarnya boleh diibaratkan sebagai 'senjata makan tuan' kepada satu pehak, dan akan menjadi 'senjata melawan musuh' pada satu pehak yang lain pula. Walauapa pun jalan penyelesaian dibuat, ianya tidak akan banyak memberi keuntungan kepada pehak pemerintah.

Selain dari isu terbaharu 2010, terlalu banyak isu2 tertunggak yang belum dapat diselesaikan pada tahun2 yang lepas2 oleh pemerintah.

Nasik sudah jadi bubur, jadi makan saja lah bubur.

Friday, January 8, 2010

Ini pandangan dari seorang pemimpin PAS yang benar sayang kan agama, bangsa dan negara.


Terlalu banyak suara2 sumbang yang di laungkan sama ada dari pemimpin2 UMNO mahu pun PAS. Cuma ada seorang dua sahaja pemimpin dari PAS atau UMNO ini yang betul2 jujur dan berani untuk menyuwarakan pendapat nya.

Kebanyak kan pemimpin2 melayu/Islam ini sangat takut menyuarakan pendapatnya secara jujur dan ikhlas. Mereka ber sungguh2 menyokong serta mempertahankan keputusan mahkamah. Sedangkan keputusan mahkamah ini telah menguris hati dan perasaan kaum yang beragama Islam

PAS dan PKR lah yang lebih nampak jelas ber sungguh2 mempertahankan keputusan mahkamah ini. Berbagai hujah dan pendapat untuk mengukuh kan sokongan mereka. Sebenar nya, setiap perkataan sokongan itu telah mendatangkan kemarahan kaum Islam.

Cuba bloggers2 yang sedang hebat berhujah di sini lapangkan masa untuk bergaul dan bertemu ramah dengan orang2 Islam biasa di bandar atau di kampung2. Dalam tinjauwan saya di beberapa tempat seperti di warong makan/minum, surau atau masjid, hampir 95% menyatakan mereka tidak rela kalimah Allah di guna-pakai oleh 'Herald the Catholic Weekly'.

Manusia dikampung2 hari ini bukan sama 50 atau 60 tahun dahulu. Mereka semua nya berpelajaran dan bijak berfikir. Mereka tahu dan faham mengapa 'Herald the Catholic Weekly' sahaja yang ber sungguh2 mahu kalimah Allah di gunakan di dalam terbitan nya yang ber Bahasa Melayu.

Sebenarnya kalimah Allah hanya di idamkan oleh satu pehak ini sahaja, bagi tujuan tertentu sahaja. Pehak gereja2 atau pertubuhan kristian yang lain sedikit pun mereka tidak pernah bersuara mahu gunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang nya atau apa2 juga pun.

Mungkin pemimpin2 PAS dan PKR yang beragama Islam tahu dan faham niat buruk mereka ini. Tetapi oleh kerana mahukan sokongan dari kaum kafir, PAS dan PKR sanggup membela mereka.

Paling buruk dan menyedihkan PAS dan PKR sanggup pula memesongkan fikiran penyokong nya supaya keputusan mahkamah ini dapat terus dikekalkan.

Monday, January 4, 2010

Sekarang kita akan memerhatikan - siapa yang benar2 memperjuangkan "ALLAH" - PAS, PKR atau UMNO......

Sebenarnya 'kejadian' peristiwa Allah boleh diguna pakai oleh kristian ini akan menguji kebenaran atau kesungguhan sama ada PAS, PKR atau UMNO yang benar2 sanggup membela agama Islam.

Hingga kini PAS masih lagi nampak kebingungan dan belum nampak bersuara yang betul2 ber sungguh2 membela Islam. Perkataan yang terdengan dari PAS cuma 'kesal dan dukacita', 'jangan disalah gunakan' dan 'berdoa dan bersabar' sahaja.

PKR terus tidak ambil kesah, cuma ada seorang wakil dari P Pinang yang menyokong serta menyatakan bersetuju 'Allah' di guna pakai dalam agama kristian. Menurut beliau ianya termaktub dalam perlembagaan.

DAP tak perlu kita bincangkan, kerana ianya parti kafir.

Hari ini yang nampak 'ber sungguh2' cuma UMNO. Kenyataan 'menentang', memesongkan akidah dan lain2 sudah di suarakan. Cuma tindakan sahaja yang belum nampak di ambil - 'akan' merayu - bila?, tindakan sedang di ambil - tindakan apa?

Sebenarnya perkara ini buka satu perkara kecil dan mudah diselesaikan - macam buang air kecil atau buang air besar. Ianya tidak semudah itu.

Sekarang PAS atau PKR mahukan sokongan dari kaum bukan Islam. UMNO pun mahu sokongan dari kaum bukan Islam juga. Sekarang Islam dalam delima. Ini semua kerana berpecah belah dan tidak bersatu.

Melayu/Islam akan hancur jika terus berpecah dalam politik.

Thursday, December 31, 2009

"PAS for ALL" - sepatutnya parti ini dibuka ke ahlian nya bagi semua kaum.


Slogan "PAS for all" tidak memberi apa2 makna jika keahlian nya cuma bagi kaum Islam sahaja.

Persoalan nya mengapa kaum dari agama lain tidak boleh menjadi ahli PAS? Adakah parti PAS akan tercemar jika memberi hak keahlian nya kepada kaum bukan Islam?

Dengan merombak perlembagaan parti untuk membenarkan kaum bukan Islam menjadi ahli tidak akan merugikan parti PAS. Sebaliknya parti PAS akan nampak lebih terbuka dari parti UMNO.

Pada rombakan perlembagaan parti, ahli bukan Islam cuma menjadi ahli sahaja dan tidak dibolehkan menjawat sebarang jawatan dalam parti.

Jika selagi bukan Islam tidak boleh menjadi ahli slogen "PAS for All" tidak memberi apa2 makna langsung.

Wednesday, December 30, 2009

Malu, sungguh memalukan negara - kepincangan pertahnan negara terlalu lemah ....

Gambar hiasan

Episode yang sangat memalukan negara berkenaan kehilangan enjin jet pesawat TUDM tidak sepatutnya didedah kan kepada pengtahuan umum. Ianya patut di rahsiakan sehingga semua siasatan habis di jalankan.

Perkara ini sangat sensitif bagi pertahan negara, bukan sahaja ianya telah menampak kan kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran pertahan negara. Ini akan memberi tanggapan buruk kepada negara oleh dunia.

Selalunya setiap peristiwa buruk seperti ini jika di siasat pun ianya TIDAK akan berakhir dengan jawapan yang baik dan jelas. Segala hasil siasatan akan berakhir dengan 'kesilapan teknical' sahaja.

Pehak yang benar2 bertanggung jawab akan terlepas begitu sahaja. Apa nak di hiraukan ini semua hanya harta kerajaan dan buka hak mana2 individu. Tiada siapa yang rugi atau menerima kesusahan.

Perkara buruk sebegini yang melibatkan wang ringgit kerajaan sudah menelan ribuan juta PM semenjak BN memerintah negara. Semua pehak yang terlibat tidak pernah dikenakan sebarang tindakan. Sekarang mereka semuanya menikmati gaya hidup mewah dan kaya raya. Ianya tidak akan berakhir sehingga kerajaan BN terus kekal memerintah negara.

Thursday, November 12, 2009

Bloggers Pakatan Rakyat - tumpukan perjuangan melawan propaganda UMNO terhadap PAS



Kita kita sedang berhadapan dengan serangan dari UMNO terutamanya terhadap PAS. Setiap hari kita lihat dan dengar dalam media cetak atau electronik tentang serangan dari UMNO.

Sebenarnya, apa yang sedang berlaku dalam PAS tidak lah seburuk dengan apa yang sedang berlaku dalam UMNO. Kini UMNO sedang berusaha menutup keburukan dan kelemahan mereka. UMNO sedang dilanda berbagai krisi dalaman dan luaran, terutama dari parti komponen nya MCA, MIC, PPP dan Gerakan.

MCA sedang berhadapan dengan satu masalah yang besar, ada kemungkinan parti itu akan terus lumpuh dan dibubarkan. Sebenarnya hampir 85% kaum cina sudah tinggalkan MCA dan menyertai DAP. Yang tinggal dalam MCA itu cuma pemimpin2 atasan dan segelintir pencacai2 nya sahaja.

Yang pasti, UMNO akan tumbang pada PRU13 nanti jika kaum cina dan india terus memberi sokongan nya kepada Pakatan Rakyat.

Thursday, October 22, 2009

Ibrahim Ali manusia tidak ber moral yang tidak tahu menilai akhlak dan budi.

The Sleeping 'Ibrahim Ali"

Ibrahim Ali , manusia yang bodoh sombong dan tidak bermoral. Semasa berada dalam UMNO belau telah ditempat dan kedudukan yang baik dan istemewa, malangnya sifat buruk nya telah menjadi sebab di tendang keluar dari UMNO seumur hidup.

Beliau menyertai parti UMNO dan pernah memenangi parlimen Pasir Mas, Kelantan atas tiket Barisan Nasional - UMNO. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO sekitar tahun 1987.Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan bergabung dengan PAS , beliau turut menyertai Tengku Razaleigh Hamzah. Angkatan Perpaduan Ummah hasil gabungan PAS dan Semangat 46 berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Kelantan pada tahun 1990.

Apabila Tengku Razaleigh menyertai semula UMNO dan membubarkan Semangat 46, beliau turut menyertai UMNO. Tetapi dipecat dari UMNO dan dilucutkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003 dan keahliannya dalam UMNO digantung seumur hidup.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Datuk Ibrahim Ali telah bertanding dalam kawasan Pasir Mas sebagai calon bebas. Tetapi beliau tewas. Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, beliau sekali lagi bertanding tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat dan hilang wang pertaruhan. Beliau hanya mendapat 415 undi sahaja.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding atas tiket PAS di kawasan Pasir Mas oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun begitu, beliau tetap menganggap dirinya tidak terikat pada mana-mana parti walaupun bertanding di atas tiket PAS.

Sebenar nya career politik Ibrahim Ali sudah TAMMAT, jika tidak diselamatkan oleh PAS.
Sepatutnya Ibrahim Ali sedar dan berterima kasih kepada PAS. Tetapi sifat buruk moralnya telah dapat diteruskan nya setelah diselamatkan oleh PAS.

Dengan perbuatan buruknya ini sebenarnya dia sendiri telah membunuh career politik nya. Mungkin dia beranggapan UMNO mungkin akan menerima nya kembali kedalam pangkuan UMNO. Sebab UMNO memang seperti TONG SAMPAH yang akan menerima segala sisa2 buangan yang buruk dan busuk.

Kita doakan agar UMNO menerima benda buruk dan busuk ini supaya dapat ditong sampahkan oleh UMNO. Dengan ini UMNO akan dapat segera memenuhkan tong sampah.

UMNO MEMANG SUDAH JADI TONG SAMPAH.

Friday, October 16, 2009

UMNO boleh berubah selepas perhimpunan agung?


Apa juga strategi perubahan yang akan di luluskan dalam perhimpunan agung UMNO tidak akan memberi apa2 kesan terhadap kepimpinan UMNO.

Sikap pemimpin2 yang tamak mengaut dan mengumpul harta kekayaan tidak mudah di ubah. Rasuah untuk mempertahankan jawantan tidak mungkin di hapuskan.

Sebenar nya pemimpin2 yang lantang berkokok dalam perhimpunan itulah petualang besar yang menyemarakan rasuah dan saban hari mengumpul harta kekayaan.

UMNO tidak akan berubah selagi masih ramai pemimpin2 yang ada hari ini tidak keluar parti. Makna nya semua pemimpin yang diketahui sudah terlibat politik wang di singkir keluar dari UMNO.

Sebenar nya hampir semua pemimpin UMNO sudah terlibat dengan politik wang. Paling malang bila pemimpin ini dengan megah nya menyatakan politik wang tidak salah dari segi perundangan negara. Tetapi ianya tetap dipandang hina dari segi moral dan HARAM di sisi agama Islam.

Wednesday, September 30, 2009

Bekas 'banduan' politik di calunkan di PRK Bagan Pinang.

UMNO memang ada sebab mengapa Isa Samad dicalunkan untuk menentang PR di Bagan Pinang.

Jikasekiranya UMNO tewas, maka ada alasan nya - salah letak calun. UMNO akan menanggung kemaluan besar jika diletak kan calun yang betul2 berkaliber dan bersih menerima kekalahan.

Mungkin UMNO akan menang dengan undi pos, tetapi kemenangan UMNO ini akan mencemarkan nama baik parti UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...