Thursday, July 16, 2009

Kemenangan Besar di Manik Urai

Perpaduan Pakatan Rakyat

Manik Urai sebuah kawasan istimewa yang telah menguji sokongan melayu terhadap PAS atau UMNO. Kawasan DUN Manik Urai mempunyai 99.25% penduduk melayu.

PAS telah lulus ujian dengan cemerlang. Majoriti melayu masih kuat menyokong PAS. Ini terbukti di kawasan majoriti melayu.

Jika dikawasan dimana majoriti melayu seimbang atau hampir seimbang dengan bukan melayu, UMNO memang tiada harapan langsung untuk menang.

Hari ini sokongan kaum bukan melayu terhadap PAS sudah padu. Di mana sahaja kawasan pengundi melayu kurang dari 60%, UMNO pasti tewas dengan majoriti besar.

Sebenarnya BN/UMNO sudah pun tewas di Semenanjung pada PRU12 yang lepas. Harapan BN/UMNO untuk berkuasa selepas PRU13 sangat gelap.

Selagi ikatan Pakatan Rakyat kukuh, selagi itulah BN/UMNO akan mendapat kemenangan pada mana2 PRK atau PRU13 nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...