Thursday, December 31, 2009

"PAS for ALL" - sepatutnya parti ini dibuka ke ahlian nya bagi semua kaum.


Slogan "PAS for all" tidak memberi apa2 makna jika keahlian nya cuma bagi kaum Islam sahaja.

Persoalan nya mengapa kaum dari agama lain tidak boleh menjadi ahli PAS? Adakah parti PAS akan tercemar jika memberi hak keahlian nya kepada kaum bukan Islam?

Dengan merombak perlembagaan parti untuk membenarkan kaum bukan Islam menjadi ahli tidak akan merugikan parti PAS. Sebaliknya parti PAS akan nampak lebih terbuka dari parti UMNO.

Pada rombakan perlembagaan parti, ahli bukan Islam cuma menjadi ahli sahaja dan tidak dibolehkan menjawat sebarang jawatan dalam parti.

Jika selagi bukan Islam tidak boleh menjadi ahli slogen "PAS for All" tidak memberi apa2 makna langsung.

Wednesday, December 30, 2009

Malu, sungguh memalukan negara - kepincangan pertahnan negara terlalu lemah ....

Gambar hiasan

Episode yang sangat memalukan negara berkenaan kehilangan enjin jet pesawat TUDM tidak sepatutnya didedah kan kepada pengtahuan umum. Ianya patut di rahsiakan sehingga semua siasatan habis di jalankan.

Perkara ini sangat sensitif bagi pertahan negara, bukan sahaja ianya telah menampak kan kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran pertahan negara. Ini akan memberi tanggapan buruk kepada negara oleh dunia.

Selalunya setiap peristiwa buruk seperti ini jika di siasat pun ianya TIDAK akan berakhir dengan jawapan yang baik dan jelas. Segala hasil siasatan akan berakhir dengan 'kesilapan teknical' sahaja.

Pehak yang benar2 bertanggung jawab akan terlepas begitu sahaja. Apa nak di hiraukan ini semua hanya harta kerajaan dan buka hak mana2 individu. Tiada siapa yang rugi atau menerima kesusahan.

Perkara buruk sebegini yang melibatkan wang ringgit kerajaan sudah menelan ribuan juta PM semenjak BN memerintah negara. Semua pehak yang terlibat tidak pernah dikenakan sebarang tindakan. Sekarang mereka semuanya menikmati gaya hidup mewah dan kaya raya. Ianya tidak akan berakhir sehingga kerajaan BN terus kekal memerintah negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...