Monday, August 31, 2009

Hadiah Hari Merdeka untuk Rakyat Malaysia

Type Public
Founded 17 August 1974
Headquarters Flag of Malaysia Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur, Malaysia
Key people Tan Sri Dato’ Mohd Hassan Marican, Group CEO and President
Industry Oil and Gas
Products Oil
Natural gas
Petrochemical manufacturing
Shipping services
Revenue 75.5 billion USD (2009)
Net income 15.0 billion USD (2009)
Total assets 110.9 billion USD (2009)
Total equity 69.8 billion USD (2008)
Employees 39,236 worldwide

Dalam keadaan ekonomi yang masih lagi kelabu asab, rakyat yang berpendapatan rendah sedang bergelut siang malam untuk menyara hidup keluarga, kini di kejutkan pula dengan hadiah hari Merdeka pula.

Kenaikan harga petrol ini akan pasti menaikan harga2 semua barangan dan perkhidmatan. Walaupun kenaikan nya cuma sesen atau dua. Yang pasti semua barang dan perkhidmatan akan naik.

Pak menteri kita tidak bayar cukai jalan dan insuren kenderaan. Pak Menteri tidak tahu berapa RM orang miskin di kampung kena bayar untuk insuren capcai.

Kenaikan harga barang makanan sudah sampai ketahap yang sukar di tanggung oleh orang yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh harga beras - kenaikan nya hampir 100%. Harga barang2 keperluan lain tak perlu di ceritakan di sini. Sermua orang sudah tahu, melaikan Pak menteri.

Mereka sudah tahu bahawa menjelang PRU13, mereka akan tumpas, sebelum tumpas dan masih lagi berkuasa kaut seberapa banyak yang boleh.

Adalah terlalu zalim untuk menaikan harga minyak menjelang hari Raya.

Tuesday, August 25, 2009

Sekali lagi UMNO di belasah teruk oleh PR

Mampukah UMNO melawan arus kopiah putih

Nampak nya UMNO makin bertambah parah. setiap strategi yang diaturnya tidak pernah menjadi. Di mana salah silap nya?

Sehingga ke hari ini UMNO masih tidak nampak pulih. Sudah 7 PRK dilalui, semuanya kecewa belaka.

N11, Permatang Pasir majoriti penduduk melayu, UMNO tewas dengan teruk. Bagaimana pula dikawasan majoriti bukan melayu pula? Adakah UMNO akan mendapat sambutan pula? Saya rasa jawapan nya TIDAK.

Jika trend pengundi yang sama berlaku di N11 Permatang Pasir merebak keseluruh negara, pasti UMNO akan menerima padah buruk pada PRU13 nanti.

PRU13 semakin hampir, tanda2 UMNO untuk bangun semula langsung tidak nampak. Nampak nya UMNO sudah hilang akal, cuma menunggu hari untuk di pukul mati.

Thursday, August 13, 2009

N11-Permatang Pasir - Satu lagi Ujian Kegagalan bagi UMNO

Selepas tamat PRU12 lalu yang hampir menumbang kan kerajaan BN, kini sedang menerima lagi ujian seterus nya. UMNO sudah melalui sebanyak 7 kali ujian dalam PRK dan cuma lulus satu sahaja di Batang Ai, Sarawak.

Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa UMNO sudah ditolak oleh rakyat. Sehingga kini belum ada tanda2 bahawa UMNO semakin pulih, bahkan ianya nampak sudah semakin bertambah parah.

Tidak ada walau seorang pun pemimpin UMNO yang nampak boleh memulih kan UMNO. Walauapa pun cara yang dilakukan untuk memikat hati rakyat mendekati UMNO semula telah gagal.

Perkara ini berlaku kerana rakyat masih melihat bahawa pemimpin2 UMNO bermula dari ketua cawangan hingga keperingkat paling atas masih lagi mengamalkan cara dan gaya hidup seperti sebelum PRU12 yang lalu. Mereka masih lagi hidup ber mewah2 han dan me nunjuk2 kan harta kekayaan mereka.

Paling buruk berlaku semasa PAU yang baru lepas, rasuah bermaharaja lela. Pemimpin yang di sahkan rasuah dibenar kan berada dalam UMNO dan memegang jawatan penting pula. Bagaimana rakyat boleh terima pemimpin rasuah sebagai pemimpin UMNO.

PRU13 semakin hampir, tanggapan buruk terhadap UMNO dari rakyat masih menebal. Ianya makin bertambah tebal setiap hari kerana pemimpin2 UMNO itu sendiri tidak mahu berubah.

N11 Permatang Pasir sekali lagi menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap UMNO - terutamanya kaum melayu. Jika sekiranya UMNO gagal menawan N11 Permatang Pasir, maka UMNO pasti akan menamatkan riwayatnya pada PRU13 nanti.

Monday, August 3, 2009

Kemana arah tuju UMNO

Sudah lebih 100 hari PM Baru kita menerajui negara Malaysia. Rakyat sangat berharaf satu perubahan besar dapat dilakukan oleh PMB terhadap orang melayu khasnya yang sekian lama telah menyokong UMNO.

Perubahan yang sangat diharaf oleh penyokong2 UMNO ini bukan lah besar sangat, cuma keperulan dan keselesaan hidup seharian sahaja.

Lebih kurang setahun yang lampau harga beras makan rakyat biasa cuma lebih kurang RM13.00 bagi yang 10% hancur. Hari ini beras jenis 10% ini terlalu sukar didapati. Kalau ada pun harganya mencecah RM18.00. Kalau nak tunggu makan beras jenis ini mungkin ada yang mati kelaparan.

Beras yang ada berlambak dipasaran ialah gred 5% hancur berharga RM26.00 sahaja. Bayangkan jika seseorang berkerja buruh menanggung lebih 5 orang ahli keluarga, berapakah belanja beras nya sebulan.

Itu baru beras saja, belum lagi lauknya. Tahukan anda berapa harga sekilo ikan kembung? (ikan makanan melayu), atau sekilo ayam?

Bagaimana pula harga tepung, gula dan susu? Tak payah lah cerita panjang bab harga makanan ini. Kerana pembaca semua sudah maklum tahu.

Bagi yang berpendapatan tetap dan tinggi semua ini tidak jadi masalah. Tetapi bagi yang tidak berpendapatan tetap dan rendah pula ini adalah masalah yang sangat besar.

Sejauh manakah berhasilnya kerajaan mengawal harga makanan? Sedangkan rakyat mendapati kenaikan harga barangan makanan berlaku setiap saat.

Sekarang sudah hampir tiba bulan Ramdzan pula, sudah ada angin bertiup memberi khabar berita bahawa gula akan naik lagi. Menteri berkenaan memberi jaminan ianya tidak hingga akhir tahun. Boleh percayake?

Kita sama2 tunggu dan lihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...