Thursday, December 31, 2009

"PAS for ALL" - sepatutnya parti ini dibuka ke ahlian nya bagi semua kaum.


Slogan "PAS for all" tidak memberi apa2 makna jika keahlian nya cuma bagi kaum Islam sahaja.

Persoalan nya mengapa kaum dari agama lain tidak boleh menjadi ahli PAS? Adakah parti PAS akan tercemar jika memberi hak keahlian nya kepada kaum bukan Islam?

Dengan merombak perlembagaan parti untuk membenarkan kaum bukan Islam menjadi ahli tidak akan merugikan parti PAS. Sebaliknya parti PAS akan nampak lebih terbuka dari parti UMNO.

Pada rombakan perlembagaan parti, ahli bukan Islam cuma menjadi ahli sahaja dan tidak dibolehkan menjawat sebarang jawatan dalam parti.

Jika selagi bukan Islam tidak boleh menjadi ahli slogen "PAS for All" tidak memberi apa2 makna langsung.

Wednesday, December 30, 2009

Malu, sungguh memalukan negara - kepincangan pertahnan negara terlalu lemah ....

Gambar hiasan

Episode yang sangat memalukan negara berkenaan kehilangan enjin jet pesawat TUDM tidak sepatutnya didedah kan kepada pengtahuan umum. Ianya patut di rahsiakan sehingga semua siasatan habis di jalankan.

Perkara ini sangat sensitif bagi pertahan negara, bukan sahaja ianya telah menampak kan kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran pertahan negara. Ini akan memberi tanggapan buruk kepada negara oleh dunia.

Selalunya setiap peristiwa buruk seperti ini jika di siasat pun ianya TIDAK akan berakhir dengan jawapan yang baik dan jelas. Segala hasil siasatan akan berakhir dengan 'kesilapan teknical' sahaja.

Pehak yang benar2 bertanggung jawab akan terlepas begitu sahaja. Apa nak di hiraukan ini semua hanya harta kerajaan dan buka hak mana2 individu. Tiada siapa yang rugi atau menerima kesusahan.

Perkara buruk sebegini yang melibatkan wang ringgit kerajaan sudah menelan ribuan juta PM semenjak BN memerintah negara. Semua pehak yang terlibat tidak pernah dikenakan sebarang tindakan. Sekarang mereka semuanya menikmati gaya hidup mewah dan kaya raya. Ianya tidak akan berakhir sehingga kerajaan BN terus kekal memerintah negara.

Thursday, November 12, 2009

Bloggers Pakatan Rakyat - tumpukan perjuangan melawan propaganda UMNO terhadap PAS



Kita kita sedang berhadapan dengan serangan dari UMNO terutamanya terhadap PAS. Setiap hari kita lihat dan dengar dalam media cetak atau electronik tentang serangan dari UMNO.

Sebenarnya, apa yang sedang berlaku dalam PAS tidak lah seburuk dengan apa yang sedang berlaku dalam UMNO. Kini UMNO sedang berusaha menutup keburukan dan kelemahan mereka. UMNO sedang dilanda berbagai krisi dalaman dan luaran, terutama dari parti komponen nya MCA, MIC, PPP dan Gerakan.

MCA sedang berhadapan dengan satu masalah yang besar, ada kemungkinan parti itu akan terus lumpuh dan dibubarkan. Sebenarnya hampir 85% kaum cina sudah tinggalkan MCA dan menyertai DAP. Yang tinggal dalam MCA itu cuma pemimpin2 atasan dan segelintir pencacai2 nya sahaja.

Yang pasti, UMNO akan tumbang pada PRU13 nanti jika kaum cina dan india terus memberi sokongan nya kepada Pakatan Rakyat.

Thursday, October 22, 2009

Ibrahim Ali manusia tidak ber moral yang tidak tahu menilai akhlak dan budi.

The Sleeping 'Ibrahim Ali"

Ibrahim Ali , manusia yang bodoh sombong dan tidak bermoral. Semasa berada dalam UMNO belau telah ditempat dan kedudukan yang baik dan istemewa, malangnya sifat buruk nya telah menjadi sebab di tendang keluar dari UMNO seumur hidup.

Beliau menyertai parti UMNO dan pernah memenangi parlimen Pasir Mas, Kelantan atas tiket Barisan Nasional - UMNO. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO sekitar tahun 1987.Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan bergabung dengan PAS , beliau turut menyertai Tengku Razaleigh Hamzah. Angkatan Perpaduan Ummah hasil gabungan PAS dan Semangat 46 berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Kelantan pada tahun 1990.

Apabila Tengku Razaleigh menyertai semula UMNO dan membubarkan Semangat 46, beliau turut menyertai UMNO. Tetapi dipecat dari UMNO dan dilucutkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003 dan keahliannya dalam UMNO digantung seumur hidup.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Datuk Ibrahim Ali telah bertanding dalam kawasan Pasir Mas sebagai calon bebas. Tetapi beliau tewas. Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, beliau sekali lagi bertanding tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat dan hilang wang pertaruhan. Beliau hanya mendapat 415 undi sahaja.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding atas tiket PAS di kawasan Pasir Mas oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun begitu, beliau tetap menganggap dirinya tidak terikat pada mana-mana parti walaupun bertanding di atas tiket PAS.

Sebenar nya career politik Ibrahim Ali sudah TAMMAT, jika tidak diselamatkan oleh PAS.
Sepatutnya Ibrahim Ali sedar dan berterima kasih kepada PAS. Tetapi sifat buruk moralnya telah dapat diteruskan nya setelah diselamatkan oleh PAS.

Dengan perbuatan buruknya ini sebenarnya dia sendiri telah membunuh career politik nya. Mungkin dia beranggapan UMNO mungkin akan menerima nya kembali kedalam pangkuan UMNO. Sebab UMNO memang seperti TONG SAMPAH yang akan menerima segala sisa2 buangan yang buruk dan busuk.

Kita doakan agar UMNO menerima benda buruk dan busuk ini supaya dapat ditong sampahkan oleh UMNO. Dengan ini UMNO akan dapat segera memenuhkan tong sampah.

UMNO MEMANG SUDAH JADI TONG SAMPAH.

Friday, October 16, 2009

UMNO boleh berubah selepas perhimpunan agung?


Apa juga strategi perubahan yang akan di luluskan dalam perhimpunan agung UMNO tidak akan memberi apa2 kesan terhadap kepimpinan UMNO.

Sikap pemimpin2 yang tamak mengaut dan mengumpul harta kekayaan tidak mudah di ubah. Rasuah untuk mempertahankan jawantan tidak mungkin di hapuskan.

Sebenar nya pemimpin2 yang lantang berkokok dalam perhimpunan itulah petualang besar yang menyemarakan rasuah dan saban hari mengumpul harta kekayaan.

UMNO tidak akan berubah selagi masih ramai pemimpin2 yang ada hari ini tidak keluar parti. Makna nya semua pemimpin yang diketahui sudah terlibat politik wang di singkir keluar dari UMNO.

Sebenar nya hampir semua pemimpin UMNO sudah terlibat dengan politik wang. Paling malang bila pemimpin ini dengan megah nya menyatakan politik wang tidak salah dari segi perundangan negara. Tetapi ianya tetap dipandang hina dari segi moral dan HARAM di sisi agama Islam.

Wednesday, September 30, 2009

Bekas 'banduan' politik di calunkan di PRK Bagan Pinang.

UMNO memang ada sebab mengapa Isa Samad dicalunkan untuk menentang PR di Bagan Pinang.

Jikasekiranya UMNO tewas, maka ada alasan nya - salah letak calun. UMNO akan menanggung kemaluan besar jika diletak kan calun yang betul2 berkaliber dan bersih menerima kekalahan.

Mungkin UMNO akan menang dengan undi pos, tetapi kemenangan UMNO ini akan mencemarkan nama baik parti UMNO.

Monday, August 31, 2009

Hadiah Hari Merdeka untuk Rakyat Malaysia

Type Public
Founded 17 August 1974
Headquarters Flag of Malaysia Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur, Malaysia
Key people Tan Sri Dato’ Mohd Hassan Marican, Group CEO and President
Industry Oil and Gas
Products Oil
Natural gas
Petrochemical manufacturing
Shipping services
Revenue 75.5 billion USD (2009)
Net income 15.0 billion USD (2009)
Total assets 110.9 billion USD (2009)
Total equity 69.8 billion USD (2008)
Employees 39,236 worldwide

Dalam keadaan ekonomi yang masih lagi kelabu asab, rakyat yang berpendapatan rendah sedang bergelut siang malam untuk menyara hidup keluarga, kini di kejutkan pula dengan hadiah hari Merdeka pula.

Kenaikan harga petrol ini akan pasti menaikan harga2 semua barangan dan perkhidmatan. Walaupun kenaikan nya cuma sesen atau dua. Yang pasti semua barang dan perkhidmatan akan naik.

Pak menteri kita tidak bayar cukai jalan dan insuren kenderaan. Pak Menteri tidak tahu berapa RM orang miskin di kampung kena bayar untuk insuren capcai.

Kenaikan harga barang makanan sudah sampai ketahap yang sukar di tanggung oleh orang yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh harga beras - kenaikan nya hampir 100%. Harga barang2 keperluan lain tak perlu di ceritakan di sini. Sermua orang sudah tahu, melaikan Pak menteri.

Mereka sudah tahu bahawa menjelang PRU13, mereka akan tumpas, sebelum tumpas dan masih lagi berkuasa kaut seberapa banyak yang boleh.

Adalah terlalu zalim untuk menaikan harga minyak menjelang hari Raya.

Tuesday, August 25, 2009

Sekali lagi UMNO di belasah teruk oleh PR

Mampukah UMNO melawan arus kopiah putih

Nampak nya UMNO makin bertambah parah. setiap strategi yang diaturnya tidak pernah menjadi. Di mana salah silap nya?

Sehingga ke hari ini UMNO masih tidak nampak pulih. Sudah 7 PRK dilalui, semuanya kecewa belaka.

N11, Permatang Pasir majoriti penduduk melayu, UMNO tewas dengan teruk. Bagaimana pula dikawasan majoriti bukan melayu pula? Adakah UMNO akan mendapat sambutan pula? Saya rasa jawapan nya TIDAK.

Jika trend pengundi yang sama berlaku di N11 Permatang Pasir merebak keseluruh negara, pasti UMNO akan menerima padah buruk pada PRU13 nanti.

PRU13 semakin hampir, tanda2 UMNO untuk bangun semula langsung tidak nampak. Nampak nya UMNO sudah hilang akal, cuma menunggu hari untuk di pukul mati.

Thursday, August 13, 2009

N11-Permatang Pasir - Satu lagi Ujian Kegagalan bagi UMNO

Selepas tamat PRU12 lalu yang hampir menumbang kan kerajaan BN, kini sedang menerima lagi ujian seterus nya. UMNO sudah melalui sebanyak 7 kali ujian dalam PRK dan cuma lulus satu sahaja di Batang Ai, Sarawak.

Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa UMNO sudah ditolak oleh rakyat. Sehingga kini belum ada tanda2 bahawa UMNO semakin pulih, bahkan ianya nampak sudah semakin bertambah parah.

Tidak ada walau seorang pun pemimpin UMNO yang nampak boleh memulih kan UMNO. Walauapa pun cara yang dilakukan untuk memikat hati rakyat mendekati UMNO semula telah gagal.

Perkara ini berlaku kerana rakyat masih melihat bahawa pemimpin2 UMNO bermula dari ketua cawangan hingga keperingkat paling atas masih lagi mengamalkan cara dan gaya hidup seperti sebelum PRU12 yang lalu. Mereka masih lagi hidup ber mewah2 han dan me nunjuk2 kan harta kekayaan mereka.

Paling buruk berlaku semasa PAU yang baru lepas, rasuah bermaharaja lela. Pemimpin yang di sahkan rasuah dibenar kan berada dalam UMNO dan memegang jawatan penting pula. Bagaimana rakyat boleh terima pemimpin rasuah sebagai pemimpin UMNO.

PRU13 semakin hampir, tanggapan buruk terhadap UMNO dari rakyat masih menebal. Ianya makin bertambah tebal setiap hari kerana pemimpin2 UMNO itu sendiri tidak mahu berubah.

N11 Permatang Pasir sekali lagi menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap UMNO - terutamanya kaum melayu. Jika sekiranya UMNO gagal menawan N11 Permatang Pasir, maka UMNO pasti akan menamatkan riwayatnya pada PRU13 nanti.

Monday, August 3, 2009

Kemana arah tuju UMNO

Sudah lebih 100 hari PM Baru kita menerajui negara Malaysia. Rakyat sangat berharaf satu perubahan besar dapat dilakukan oleh PMB terhadap orang melayu khasnya yang sekian lama telah menyokong UMNO.

Perubahan yang sangat diharaf oleh penyokong2 UMNO ini bukan lah besar sangat, cuma keperulan dan keselesaan hidup seharian sahaja.

Lebih kurang setahun yang lampau harga beras makan rakyat biasa cuma lebih kurang RM13.00 bagi yang 10% hancur. Hari ini beras jenis 10% ini terlalu sukar didapati. Kalau ada pun harganya mencecah RM18.00. Kalau nak tunggu makan beras jenis ini mungkin ada yang mati kelaparan.

Beras yang ada berlambak dipasaran ialah gred 5% hancur berharga RM26.00 sahaja. Bayangkan jika seseorang berkerja buruh menanggung lebih 5 orang ahli keluarga, berapakah belanja beras nya sebulan.

Itu baru beras saja, belum lagi lauknya. Tahukan anda berapa harga sekilo ikan kembung? (ikan makanan melayu), atau sekilo ayam?

Bagaimana pula harga tepung, gula dan susu? Tak payah lah cerita panjang bab harga makanan ini. Kerana pembaca semua sudah maklum tahu.

Bagi yang berpendapatan tetap dan tinggi semua ini tidak jadi masalah. Tetapi bagi yang tidak berpendapatan tetap dan rendah pula ini adalah masalah yang sangat besar.

Sejauh manakah berhasilnya kerajaan mengawal harga makanan? Sedangkan rakyat mendapati kenaikan harga barangan makanan berlaku setiap saat.

Sekarang sudah hampir tiba bulan Ramdzan pula, sudah ada angin bertiup memberi khabar berita bahawa gula akan naik lagi. Menteri berkenaan memberi jaminan ianya tidak hingga akhir tahun. Boleh percayake?

Kita sama2 tunggu dan lihat.

Thursday, July 16, 2009

Kemenangan Besar di Manik Urai

Perpaduan Pakatan Rakyat

Manik Urai sebuah kawasan istimewa yang telah menguji sokongan melayu terhadap PAS atau UMNO. Kawasan DUN Manik Urai mempunyai 99.25% penduduk melayu.

PAS telah lulus ujian dengan cemerlang. Majoriti melayu masih kuat menyokong PAS. Ini terbukti di kawasan majoriti melayu.

Jika dikawasan dimana majoriti melayu seimbang atau hampir seimbang dengan bukan melayu, UMNO memang tiada harapan langsung untuk menang.

Hari ini sokongan kaum bukan melayu terhadap PAS sudah padu. Di mana sahaja kawasan pengundi melayu kurang dari 60%, UMNO pasti tewas dengan majoriti besar.

Sebenarnya BN/UMNO sudah pun tewas di Semenanjung pada PRU12 yang lepas. Harapan BN/UMNO untuk berkuasa selepas PRU13 sangat gelap.

Selagi ikatan Pakatan Rakyat kukuh, selagi itulah BN/UMNO akan mendapat kemenangan pada mana2 PRK atau PRU13 nanti.

Thursday, June 18, 2009

Perjuangan Belum Selesai

Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

Dalam memerangi musuh kita perlukan banyak bantuan tenaga dan kewangan. Sekarang dengan pertolongan Allah kita telah mendapat bantuan dan sokongan kaum kafir. Sokongan kaum kafir ini sangat bermakna bagi kita. Kita mesti terus berusaha sedaya upaya supaya kaum kafir ini akan terus membantu kita.

Walaupun kita tahu apa motifnya kaum kafir ini telah senggup membantu kita. Kita kena terima dalam keadaan berwaspada. Kerana kaum kafir ini juga pernah bersama membantu musuh kita satu masa dahulu.

Jika UMNO menjadi teras dalam BN, maka PAS juga mesti menjadi teras dalam PR. PAS juga mesti berupaya mengawal dan tidak se wenang2 nya mengikut atau menurut segala kehendak parti lain yang dibawah kawalan nya seperti PKR dan DAP.

Jika PAS gagal menjadi parti teras, maka PAS juga akan gagal melaksanakan segala hasratnya seperti menubuhkan Negara Islam serta melaksanakan hukum Hudud.

PAS akan menjadi parti menempel sahaja, kerana jika DAP dan PKR bersatu tenaga dan suara dalam Dewan. Ini mungkin akan berlaku disebabkan bilangan kerusi DAP+PKR akan melebihi kerusi PAS.

"Sediakan Payung Sebelum Hujan".

Thursday, June 4, 2009

UMNO - Tinggal Harapan


khusuk mengikuti ceramah PAS

Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?

Selepas PRU12 yang hampir menumbangkan kerajaan BN dan hilang kuasa memerintah di lima buah negeri, UMNO nampaknya belum mula pulih. Pada kekalahan PRU12 yang hampir menumbangkan BN, banyak sebab di sebabkan mengapa BN/UMNO ditolak rakyat.

Salah satu daripada nya ialah kerana kelemahan PM nya. Lantas dengan itu para pemimpin2 atasan UMNO mahukan PM segera berundur. Walaupun baru satu penggal memerintah, belum sempat membuktikan kebolehan nya, beliau dipaksa berundur.

Sepatutnya beliau diberi peluang untuk membuktikan kebolehan nya memulihkan BN/UMNO. Ini berlaku disebabkan ada kemungkinan satu pehak yang mahu mengambil kuasa dengan segera.

Cuba lihat sekarang, dalam 5 PRK diadakan, BN/UMNO cuma menang 1 sahaja. Itu pun di Sarawak kawasan yang sangat terpencil.

Di N12 Penanti, BN/UMNO tidak berani bertanding, di Manik Urai pun UMNO nampak ter kiyal2 untuk bertanding, kalau boleh tak mau, tapi apakan daya terpaksa juga bertanding. Jika kalah juga - Sah BN/UMNO sudah buat kesilapan besar undurkan Tun AAB yang tidak bersalah dan berdosa itu.

Jika disebabkan Tun AAB lemah, sekarang PM baru pun BN/UMNO masih tidak diterima rakyat. Sebenarnya pemimpin2 BN/UMNO hingga ke hari ini masih belum tahu atau sudah tahu tetapi tidak mahu mengaku tahu mengapa BN/UMNO ditolak rakyat. Yang paling nyata BN/UMNO masih belum ada fomular untuk pulih kan BN/UMNO.

BN/UMNO sudah dijangkiti AIDS atau kenser yang tidak boleh diubati lagi. Hanya tunggu ajal nya tiba pada PRU13 nanti.

Friday, May 22, 2009

Ujian Allah terhadap PM yang di kasehi

N41 MANEK URAI
Jumlah Pengundi: 12,292
Peratusan Kaum: M:99.25% C:0.44% I:0.26% L:0.02%
1. Ismail Yaacob (Pas) (5,746)
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) (4,394)
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
Penyandang: Mohamed Zulkifli Omar (BN)
(Majoriti: 53 undi)

Sekali lagi PM di uji, di N12 Penanti, PM sudah mengaku kalah. Tewas sebelum berlawan. Alasan yang di beri kerana tidap perlu bertanding amat dangkal.

Sekarang di N41, Manik Urai apa pula alasan bodoh yang akan diberikan pula. BN/UMNO dalam delima sama ada terus bertanding atau terus berundur sehingga PRU13 tiba.

Jika BN/UMNO bertading juga di N41 Manik Urai dan kalah teruk pula, mana nak letak maruah UMNO. Ujian Allah ini sangat berat bagi UMNO. 'Ditelan sakit perut, diluah kelaparan'.

BN/UMNO sudah tiada pilihan, kena bertanding di ke dua2 DUN. Kalah menang berserah kepada rakyat. Inilah masa yang paling tepat untuk buktikan bahawa BN/UMNO sudah pulih. BN/UMNO tidak perlu takut kepada kenyataan. Buktikan kekuatan BN/UMNO.

Tuesday, May 12, 2009

Pakatan Rakyat Sudah Punah di Perak

Drama filem Hindustan sudah bermula. Dalam adengan berkelahi bertumbuk, mula2 hero nya kalah. Selepas itu dengan tiba2 hero bangun semula dan kali ini menang dalam adengan bertumbuk itu.

Sebenarnya skrip cerita ini sudah tertulis lebih awal supaya rakyat nampak bahawa kehakiman kita sudah telus dan tidak memehak kepada mana2 pihak. Dalam babak pertama ini deriktor telah berjaya meyakin kan rakyaat akan ketelusan kehakiman negara.

Kita tunggu sahaja babak seterus nya...........................

Saturday, May 2, 2009

Tun Abdullah Ahmad di Khianati oleh UMNO


Anak menantu ini perlu di asuh sehingga menjadi PM menganti kan bapa mertua.



Anak bapak ini juga perlu diusahakan supaya menjadi PM seperti Bapak juga.




Anak bapak dan anak menantu masuk gelanggang untuk tentukan siapa jadi juara untuk menyandang jawatan Ketua.

Ke dua2 pehak angkatan bala tentera masing beradu tenaga kan kekuatan, setelah menempuh segala rintangan dan kemalangan yang tidak kurang teruk nya, pehak anan menantu telah menang akhirnya.




Si bapak anak bapak setelah mengetahui anak bapak nya tewas, maka dengan segera berlari lintang-pukang menuju ke dewan PWTC mencemar duli berjumpa PM supaya anak bapak yang tewas itu jangan di singkirkan dan diberi sebarang jawatan menteri. Si bapak juga berjanji akan masuk UMNO semula dan menyokong PM sepenuhnya.

Di pendek kan hikayat, maka anak bapak yang tewas itu pun dianugerahkan jawatan timbalan menteri. Kasehan, si anak menantu yang telah menang dengan bergaya itu tidak di beri sebarang jawatan.

Kepada para pembaca, sila jawab soalan di bawah ini:-

1. Mengapa BN/UMNO hampir tumbang pada PRU12 yang lepas?
(a) ada kumpulan yang mahu TAAB berundur
(b) UMNO sudah terlalu rasuah dan dibenci rakyat
(c) ada rebutan kuasa dalam UMNO
(d) TDM mahukan anak nya lekas jadi PM

Monday, April 20, 2009

Mengapa BN/UMNO 'nampak takut' PRK N12 PENANTI



Tun DSAAB yang bergelar sebagai (PM Mr. Clean) cuma dapat bertahan 1 penggal sahaja sebagai PM Malaysia. Pada PRU12 BN/UMNO mengalami kekalah teruk dan hampir tumbang. Kerajaan BN/UMNO terselamat kerana sokongan rakyat dari Sabah dan Sarawak sahaja.

Lantas dengan kekalahan di Semenanjung itu, hampir semua ahli2 dan sebilangan pemimpin2 UMNO menyalahkan kepimpinan Tun DSAAB dan menantu nya. Siang-malam para pemimpin dan ahli UMNO ini berteriak minta Tun DSAAB segera berundur.

Yang menghairankan, mengapa Timbalan nya TIDAK berbuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan. Sebagai Timbalan PM, inilah masanya untuk menunjukkan kehebatannya - bantu PM sehingga keadaan PULIH, BUKAN berdiam diri. (mungkin PM benarkan TPM nya membantu nya) Jika tidak, ternyata TPM gagal membantu PM semasa dalam keadaan yang genting itu. Kegagalan ini telah membuktikan kelemahan Timbanan nya.


Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih. Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH DSAAB BERUNDUR.

Yang mendukacitakan BN/UMNO tidak akan bertanding di N12 Penanti jika diadakan PRK. Ini lah sejarah pertama BN/UMNO 'boikot' PRK.
TDM mantan PM, "BN/UMNO tidak harus mengaku kalah sebelum bertanding."

Kesimpulan nya: Dimana letekanya Kelemahan BN/UMNO?
-----------------Adakah tindakan mengundurkan Tun DSAAB satu tindakan yg betul?
-----------------Bilakah BN/UMNO akan dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia?
-----------------Bolehkah BN/UMNO pulih seperti sediakala di zaman TDM?

Wednesday, April 8, 2009

RECYCLE UMNO atau BRAND NEW UMNO

Perdana Menteri BARU Malaysia

DSNTR PM Malaysia yang baru dilantik bersungguh2 mahukan perubahan dalam UMNO supaya boleh diterima oleh semua masyarakat.

Sudah satu tahun UMNO berkeadaan tidak stabil, Ex-PM yang dikatakan telah menyebabkan UMNO tidak stabil sudah pun berundur. Tapi malangnya UMNO masih seperti dibawah pemerintahan Ex-PM yang lama juga. UMNO/BN menerima dua kekalahan PRK di semenanajung dan menang satu di seberang.


Jika UMNO benar2 mahu dipulihkan, DSNTR harus berani membuat langkah meminggirkan SEMUA bekas pemimpin2 yang sudah digugurkan dari memegang sebarang jawatan dalam UMNO. Semua Kuda2 tua harus dipencenkan. Lantik SEMUA yang baru dan BERSIH dari sebarang perkara buruk.


Pemimpin seperti inilah yang akan membuat UMNO tidak diterima oleh rakyat.



Pemimpin2 seperti ini di HARAM kan berada dalam UMNO. Ini cuma sebahagian sebagai contoh sahaja.


Ini baru sebahagian kecil sahaja yang perlu Perdana Menteri lakukan buat permulaan.
Ini adalah asas kepada pembersihan UMNO. Jika PM gagal atau tidak berani berbuat demikian, UMNO akan terus dipinggir oleh rakyat.


UMNO akan lebih cepat berkubur jika ada pengampu2 seperti ini

[Biarpun ramai penganilisis politik kerajaan yang mengampu dalam ulasan mereka tentang kekalahan BN ini, namun rakyat lebih mengetahui hakikat sebenarnya. Malah dalam ulasan menerusi RTM malam tadi, salah seorang penganalis politik iaitu Profesor Madya Adzmi Hassan (foto) secara jelas menyatakan kononnya kemenangan PAS dengan tidak mendapat undi majoriti 10% sebenarnya tidaklah hebat. Malah katanya Ir.Nizar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar jika beliau benar-benar hebat katanya. Malah calon BN, Ismail Safian langsung tidak popular jika dibandingkan dengan Ir.Nizar. Bahkan beliau turut menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi bukanlah bermakna suara rakyat Perak secara keseluruhannya. Inilah alasan dangkal seorang yang bergelar "Profesor Madya" dalam membuat analisis kemenangan Pakatan Rakyat ini. Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu Pakatan Rakyat dikatakan kuat atau diterima rakyat. Baginya UMNO dan BN tetap diterima oleh sekalian rakyat di Malaysia ini]

Friday, April 3, 2009

POLITIK CINA MALAYSIA


SEJARAH PALING RINGKAS KAUM CINA

Kaum cina, kaum paling tertua yang ujud dimuka bumi ini, 'the peking man' fossel' rangka manusia paling lama yang pernah ditemui di negeri Cina. Kaum ini telah lebih lama bertemadun dan sangat bijak dalam segala lapangan, terutamanya "politik".

Kaum ini juga telah merantau keseluruh pelusuk dunia dan boleh hidup selesa dengan menyesuaikan kedaan cara hidupnya. 'China Town' ujud diserata bandar2 besar di dunia.

Kaum cina telah bermula berhujrah ke Semenanjung Tanah Melayu lebih 500 tahun dahulu.
Mereka datang ke STM untuk berniaga dan ada juga menjadi pekerja2 lombong - kerana ada diantara mereka yang punya kepakaran tentang melombong bijih timah.

Oleh kerana kebijaksanaan nya, mereka menerokai politik pula. Berbeza dengan dinegeri Thailand dan Indonesia, mereka lehih menonjulkan kuasa politik nya di Malaysia. Ini kerana pemimpin2 parti politik melayu lebih 'terbuka' dan 'murah hati'.

Selama lebih 50 tahun kaum cina ini berkongsi kuasa memerintah bersama kaum melayu dibawah Barisan Nasional. Kaum cina memang 'bijak' berpolitik sejak beribu tahun dahulu. Makin sehari mereka telah menguatkan kedudukan politiknya bersama BN.

Barisam Nasional yang di terajui oleh UMNO telah mula menampak kan kecelaruan dalam pimpinan nya. Ini berlaku akibat rasuah, rebutan kuasa dan perpecahan dalam parti.
Pada PRU12 yang lepas kaum cina telah beraleh sokongan dan keluar dari BN. P.Pinang, Perak dan Selangor(majority cina) telah jatuh ketangan pembangkang.

Kaum cina ini sudah nampak bahawa PAS sudah mula mendapat sokongan kaum melayu, Kelantan dan Kedah dikuasai oleh PAS, ditambah dengan tiga negeri lagi iaitu P.Pinang, Perak dan Selangor. Maka dengan perhitungan ini, kaum cina sanggup menyokong PAS.

PAS telah memperlihatkan image yang lebih bersih dari UMNO. Maka kaum cina beranggapan PAS adalah rakan kongsi barunya yang lebih sesuai. PAS nampak lebih mudah dibawa berunding dalam hal2 pentadbiran. Kaum cina ini juga suka 'berjudi', sekarang mereka sudah mempertaruhkan PAS sebagai 'taruhan' kuasa politiknya.

UMNO sebenarnya tinggal 'nyawa ikan', kerana perubahan sokongan dari kaum cina ini. Kuasa memerintah BN/UMNO cuma bergantung dari sokongan Sabah dan Sarawak sahaja.

Jika BN/UMNO gagal dipulihkan menjelang PRU13, PAS akan berkuasa bersama DAP dan PKR.
Perkara ini TIDAK mustahil akan berlaku.

Thursday, April 2, 2009

Mengapa TDM kembali 'tunjukkan muka' dalam UMNO.



TDM sudah keluar dari UMNO (Ex-UMNO)


TDM telah dipaksa oleh UMNO undur.


DSAAB juga telah dipaksa oleh UMNO undur.



Pada masa itu BN/UMNO hampir tumbang, 5 buah negeri jatuh ketangan pembangkang.

DUA PRK gagal di menangi oleh BN/UMNO.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada mulanya TDM kata 'tidak akan hadir ke PAU yang mengamalkan RASUAH'.
Setelah keputusan wakil ketua pemuda di umumkan, anak kesayangan nya tewas. Beliau ter gesa2 datang untuk 'selamatkan' anak kesayangan nya.

Orang tua ini memang bijak. Jika beliau terus menentang, anak kesayangan nya akan terus terpinggir. Kehadiran beliau se mata2 untuk selamatkan anak kesayangan nya. Inilah masa yang paling tepat dan sesuai. (lihat foto, bertapa gembiranya PM dan Tim.PM)
Dulu semua mengutuk beliau sehinggakan beliau keluar dari UMNO.

Sebenarnya inilah masanya TDM memohon agar anak kesayangan nya' dibelai dan diberi tempat istimewa' dalam UMNO (sekurang2 nya tim.menteri atau menteri).

INI LAH SANDIWARA atau 'LAWAKING' DALAM UMNO


UMNO VS PAS


PAU yang telah menempah sejarah, di mana perwakilan telah menolak calun2 yang takut atau kedekut memberi 'sumbangan'.
Ramai menteri2 yang takut atau kedekut memberi 'sumbangan' telah gugur.


Calun yang didapati bersalah kerana memberi terlalu lebih sumbangan telah menang dengan bergaya.


Panglima perang UMNO



Ahli PAS khusuk mengkuti ceramah


Menyokong calun


Inilah landasan perjuangan PAS.

Tuesday, March 31, 2009

KEAMANAN, KEMAKURAN DAN KEADILAN


Foto : Hiasan

Pada hemat saya pemuda dan pemudi yang mengamalkan cara hidup berteraskan agama Islam rata2 menetang keganasan dan menegakkan keadilan. Setiap laku perbuatan kerajaan yang menampakkan ketidak adilan atau kekerasan hanya mengundang kebencian mereka terhadap kerajaan.

Kerajaan harus berusaha mendekati kumpulan ini dengan cara lebih berhemah, bukan dengan cara kekerasan. Setiap kali kerajaan menunjukkan sikap kasar terhadap kumpulan ini, ianya akan menambahkan lagi bilangan rakyat yang akan membenci kerajaan.

Sebagai contoh : Jika salah seorang dari ahli keluarga yang berhimpun secara aman ini dipukul atau dicederakan atau ditangkap, ianya dengan secara tidak langsung melibatkan keseluruh ahli keluarga berkenaan membenci kerajaan, walaupun pada mulanya TIDAK SEMUA DALAM KELUARGA ITU 'menentang' kerajaan.

Menggantung akhbar parti lawan juga TIDAK memberi faedah kepada kerajaan. Kerana yang melanggan akhbar tersebut cuma dari pehak pengikut2 nya sahaja. Walaupun mereka disekat dari membaca nya, sokongan terhadap parti mereka tetap tidak berubah. Pernahkan ahli2 UMNO, MCA dan MIC membaca Harakah?

Menggantung akhbar parti lawan telah menampak kan lagi kelemahan kerajaan sahaja.

Sikap 'kasar' yang ditunjukan oleh kerajaan juga akan mengundang ketakutan kepada kaum bukan melayu juga.

Pengundi yang layak mengundi lebih ramai dari kumpulan muda mudi ini. Jika sekiranya kerajaan gagal memikat kumpulan ini menyokong kerajaan, maka pada PRU13 yang akan datang kita akan gagal membertahankan pemerintahan BN.

Umno barisan masalah

Ketua Penerangan PAS Pahang, Syed Abdul Rahman Al Khareed berkata, barisan kepimpinan Umno yang baru tidak mampu menyaingi kehebatan barisan lama dari semua segi.

Ini kerana barisan kepimpinan Umno yang baru itu adalah tokoh-tokoh kontroversi yang telah diketahui rakyat mempunyai pelbagai isu nagetif.

Bermula dengan presidennya, Dato’ Seri Mohd Najib Razak hinggalah kepada tokoh seperti Idris Jusoh, semuanya mempunyai pelbagai isu yang dipertikaikan rakyat.

Katanya, malah kemenangan barisan kepimpinan baru ini faktor penentu kejayaanya bukan disebabkan kebolehan tetapi lebih kepada politik wang.

Perkara itu diakui sendiri oleh calon ahli Majls Kerja Tertingi (MKT) Parti itu, Dato’ Seri Adnan Yaakub yang tewas dalam pemilihan Naib Presiden Umno dahulu dan tewas lagi tahun ini untuk jawatan MKT.

“Ulasan Adnan dahulu dan sekarang harus dijadikan renungan semua pihak untuk menilai pucuk pimpinan Umno sekarang,” katanya.

Ini kerana tokoh yang dianggap tidak mengamalkan politik wang didapati kalah dalam pertandingan sebaliknya tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan amalan nagetif itu pula yang menang.

Malah, jika Dato’ Seri Mohd Ali Rostam dibenar bertanding beliau pasti dengan mudah mengalah Muhyiddin Yasin dan Mohamad Mohd Muhd Taib untuk jawatan nombor dua parti.

Itulah yang terjadi kepada Khairy Jamaluddin apabila menang besar mengalahkan Dr Khir Toyo dan Muhkris Mahathir.

Bagaimanapun Umno dipercayai telah menerima politik wang itu sebagai sebahagian daripada budaya parti itu.

Justeru itu Umno telah memperkenalkan dua sistem undang-undang dalam menangani gelaja rasuah iaitu Lembaga Displin Umno berkuasa membicarakan kes rasuah ahli Umno dan undang-undang jenayah Anti-rasuah bagi rakyat biasa.

Malah lebih jauh lagi Lembaga Displin parti itu dilihat boleh pula diguna sebagai senjata untuk menghalang mana-mana tokoh yang tidak digemari pemimpin atasan untuk baik dan akan dicantas menggunakan lembaga berkenaan.

Inilah yang terjadi kepada Mohd Ali Rostam dan selepas ini kelibat beliau pasti tidak akan kelihatan lagi didalam barisan kepimpinan Umno sebagaimana berlaku kepada Tan Sri Mohd Isa Samad dahulu.

Dalam isu berkaitan, Abdul Rahman meminta menteri-menteri besar Umno yang kalah dalam pemilihan Umno baru-baru ini melepaskan jawatan masing-masing.

Beliau berkata, menteri-menteri besar yang kalah tidak wajar dikekalkan kerana kerana sudah jelas mereka ditolak oleh parti.

Dalam perhimpunan agong Umno baru-baru ini, antara menteri besar yang kalah ialah Adnan Yaakub (Pahang) serta Dr. Mohd Isa Sabu menteri besar Perlis, Dato’ Seri Mohamad Hassan Negeri Sembilan dan Dato’ Seri Mohamad Ali Rostam Melaka.

“Menteri besar yang kalah itu wajar melepaskan jawatan masing-masing,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Temerloh, Hashim Abdullah pula berpendapat, Umno semakin tidak stabil selepas perhimpunan agong baru-baru ini.

Beliau berkata, kekalahan tokoh-tokoh besar parti itu akan menimbulkan konflik dengan tokoh baru yang memenangi jawatan dalam perhimpinan agong baru lalu.

Hashim berkata, di Pahang umpamanya, kekalahan menteri besar untuk meebut jawatan MKT akan meningkatkan tekanan supaya beliau mengundurkan diri. Sebelum ini pun Adnan didesak melepaskan jawatan oleh Ketua Umno Paya Besar, Tajudin Sulaiman dan kekalahan Adnan pastinya mengembirakan Tajudin.

Begitu juga di Temerloh apabila Timbalan Ketua Umno Bahagian, Saifuddin Abdullah menang MKT sedangkan Ketua Bahagian Shakar Syamsuddin bukan MKT.

“Ini semua akan meningkatkan lagi pertembungan kuasa diantara pemimpin berkenaan nanti,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...