Wednesday, January 27, 2010

PKR tetap unggul walaupun menerima serangan hebat dari UMNO

Satu ceramah umum yang bertemakan "Gegar, Gerakan Gelombang Rakyat, Keadilan Untuk Anwar" telah berlangsung pada malam 22, Januari 2010 di dewan markas PAS Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak.

Walaupun pada malam itu diadakan beberapa sekatan jalan raya, tetapi semangat rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat tetap datang memberi sokongan padu terhadap pemimpin mereka iaitu DSAI.

Di anggarkan lebih 5 ribu penyokong hadir pada malam itu. Selain dari mendengar ceramah2 dari pemimpin PR, pada malam itu juga diadakan majlis penyerahan borang kemasukan menjadi ahli PKR dari penyokong(ahli) UMNO kawasan Pasir Salak.

Ini telah membukti kan rakyat sudah hilang kepercayaan nya terhadap pemimpin2 UMNO. Jika sekiranya DUN Perak dibubarkan, pasti BN/UMNO akan menerima kekalahan teruk.

Monday, January 18, 2010

Nasik sudah jadi bubur, jadi makan saja lah bubur...


Jika dikaji dari segi kecenderungan rakyat hari ini, kedudukan PR sedang berada di hadapan membelankangi BN/UMNO.

Tahun 2010, tahun yang bermula dengan memberi banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Salah satu keuntungan yang sedang dinikmati oleh PR ialah berkenaan isu agama. Sebenarnya isu agama inilah yang sangat di tunggu2 kedatangan nya oleh PR.

Isu agama ini lah satu senjata yang paling berkesan di gunakan oleh PR untuk menawan Sabah dan Sarawak. Jika pada PRU12 PR gagal di Sabah dan Sarawak, kini pada PRU13 nanti PR akan pasti meraih kemenangan yang mudah.

Sekarang, dipersoalkan mengapa isu agama ini di timbulkan dan siapa yang mahu isu ini ditimbulkan? Sebenarnya jawapan ini sudah terjawab didalam fikiran semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.

Isu ini sebenarnya boleh diibaratkan sebagai 'senjata makan tuan' kepada satu pehak, dan akan menjadi 'senjata melawan musuh' pada satu pehak yang lain pula. Walauapa pun jalan penyelesaian dibuat, ianya tidak akan banyak memberi keuntungan kepada pehak pemerintah.

Selain dari isu terbaharu 2010, terlalu banyak isu2 tertunggak yang belum dapat diselesaikan pada tahun2 yang lepas2 oleh pemerintah.

Nasik sudah jadi bubur, jadi makan saja lah bubur.

Friday, January 8, 2010

Ini pandangan dari seorang pemimpin PAS yang benar sayang kan agama, bangsa dan negara.


Terlalu banyak suara2 sumbang yang di laungkan sama ada dari pemimpin2 UMNO mahu pun PAS. Cuma ada seorang dua sahaja pemimpin dari PAS atau UMNO ini yang betul2 jujur dan berani untuk menyuwarakan pendapat nya.

Kebanyak kan pemimpin2 melayu/Islam ini sangat takut menyuarakan pendapatnya secara jujur dan ikhlas. Mereka ber sungguh2 menyokong serta mempertahankan keputusan mahkamah. Sedangkan keputusan mahkamah ini telah menguris hati dan perasaan kaum yang beragama Islam

PAS dan PKR lah yang lebih nampak jelas ber sungguh2 mempertahankan keputusan mahkamah ini. Berbagai hujah dan pendapat untuk mengukuh kan sokongan mereka. Sebenar nya, setiap perkataan sokongan itu telah mendatangkan kemarahan kaum Islam.

Cuba bloggers2 yang sedang hebat berhujah di sini lapangkan masa untuk bergaul dan bertemu ramah dengan orang2 Islam biasa di bandar atau di kampung2. Dalam tinjauwan saya di beberapa tempat seperti di warong makan/minum, surau atau masjid, hampir 95% menyatakan mereka tidak rela kalimah Allah di guna-pakai oleh 'Herald the Catholic Weekly'.

Manusia dikampung2 hari ini bukan sama 50 atau 60 tahun dahulu. Mereka semua nya berpelajaran dan bijak berfikir. Mereka tahu dan faham mengapa 'Herald the Catholic Weekly' sahaja yang ber sungguh2 mahu kalimah Allah di gunakan di dalam terbitan nya yang ber Bahasa Melayu.

Sebenarnya kalimah Allah hanya di idamkan oleh satu pehak ini sahaja, bagi tujuan tertentu sahaja. Pehak gereja2 atau pertubuhan kristian yang lain sedikit pun mereka tidak pernah bersuara mahu gunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang nya atau apa2 juga pun.

Mungkin pemimpin2 PAS dan PKR yang beragama Islam tahu dan faham niat buruk mereka ini. Tetapi oleh kerana mahukan sokongan dari kaum kafir, PAS dan PKR sanggup membela mereka.

Paling buruk dan menyedihkan PAS dan PKR sanggup pula memesongkan fikiran penyokong nya supaya keputusan mahkamah ini dapat terus dikekalkan.

Monday, January 4, 2010

Sekarang kita akan memerhatikan - siapa yang benar2 memperjuangkan "ALLAH" - PAS, PKR atau UMNO......

Sebenarnya 'kejadian' peristiwa Allah boleh diguna pakai oleh kristian ini akan menguji kebenaran atau kesungguhan sama ada PAS, PKR atau UMNO yang benar2 sanggup membela agama Islam.

Hingga kini PAS masih lagi nampak kebingungan dan belum nampak bersuara yang betul2 ber sungguh2 membela Islam. Perkataan yang terdengan dari PAS cuma 'kesal dan dukacita', 'jangan disalah gunakan' dan 'berdoa dan bersabar' sahaja.

PKR terus tidak ambil kesah, cuma ada seorang wakil dari P Pinang yang menyokong serta menyatakan bersetuju 'Allah' di guna pakai dalam agama kristian. Menurut beliau ianya termaktub dalam perlembagaan.

DAP tak perlu kita bincangkan, kerana ianya parti kafir.

Hari ini yang nampak 'ber sungguh2' cuma UMNO. Kenyataan 'menentang', memesongkan akidah dan lain2 sudah di suarakan. Cuma tindakan sahaja yang belum nampak di ambil - 'akan' merayu - bila?, tindakan sedang di ambil - tindakan apa?

Sebenarnya perkara ini buka satu perkara kecil dan mudah diselesaikan - macam buang air kecil atau buang air besar. Ianya tidak semudah itu.

Sekarang PAS atau PKR mahukan sokongan dari kaum bukan Islam. UMNO pun mahu sokongan dari kaum bukan Islam juga. Sekarang Islam dalam delima. Ini semua kerana berpecah belah dan tidak bersatu.

Melayu/Islam akan hancur jika terus berpecah dalam politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...