Friday, January 8, 2010

Ini pandangan dari seorang pemimpin PAS yang benar sayang kan agama, bangsa dan negara.


Terlalu banyak suara2 sumbang yang di laungkan sama ada dari pemimpin2 UMNO mahu pun PAS. Cuma ada seorang dua sahaja pemimpin dari PAS atau UMNO ini yang betul2 jujur dan berani untuk menyuwarakan pendapat nya.

Kebanyak kan pemimpin2 melayu/Islam ini sangat takut menyuarakan pendapatnya secara jujur dan ikhlas. Mereka ber sungguh2 menyokong serta mempertahankan keputusan mahkamah. Sedangkan keputusan mahkamah ini telah menguris hati dan perasaan kaum yang beragama Islam

PAS dan PKR lah yang lebih nampak jelas ber sungguh2 mempertahankan keputusan mahkamah ini. Berbagai hujah dan pendapat untuk mengukuh kan sokongan mereka. Sebenar nya, setiap perkataan sokongan itu telah mendatangkan kemarahan kaum Islam.

Cuba bloggers2 yang sedang hebat berhujah di sini lapangkan masa untuk bergaul dan bertemu ramah dengan orang2 Islam biasa di bandar atau di kampung2. Dalam tinjauwan saya di beberapa tempat seperti di warong makan/minum, surau atau masjid, hampir 95% menyatakan mereka tidak rela kalimah Allah di guna-pakai oleh 'Herald the Catholic Weekly'.

Manusia dikampung2 hari ini bukan sama 50 atau 60 tahun dahulu. Mereka semua nya berpelajaran dan bijak berfikir. Mereka tahu dan faham mengapa 'Herald the Catholic Weekly' sahaja yang ber sungguh2 mahu kalimah Allah di gunakan di dalam terbitan nya yang ber Bahasa Melayu.

Sebenarnya kalimah Allah hanya di idamkan oleh satu pehak ini sahaja, bagi tujuan tertentu sahaja. Pehak gereja2 atau pertubuhan kristian yang lain sedikit pun mereka tidak pernah bersuara mahu gunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang nya atau apa2 juga pun.

Mungkin pemimpin2 PAS dan PKR yang beragama Islam tahu dan faham niat buruk mereka ini. Tetapi oleh kerana mahukan sokongan dari kaum kafir, PAS dan PKR sanggup membela mereka.

Paling buruk dan menyedihkan PAS dan PKR sanggup pula memesongkan fikiran penyokong nya supaya keputusan mahkamah ini dapat terus dikekalkan.

1 comment:

Sangtawal Sakranta said...

Salam Perjuangan,

Sangat setuju dengan Tuan,
Teruskan perjuangan ini,
wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...