Monday, January 4, 2010

Sekarang kita akan memerhatikan - siapa yang benar2 memperjuangkan "ALLAH" - PAS, PKR atau UMNO......

Sebenarnya 'kejadian' peristiwa Allah boleh diguna pakai oleh kristian ini akan menguji kebenaran atau kesungguhan sama ada PAS, PKR atau UMNO yang benar2 sanggup membela agama Islam.

Hingga kini PAS masih lagi nampak kebingungan dan belum nampak bersuara yang betul2 ber sungguh2 membela Islam. Perkataan yang terdengan dari PAS cuma 'kesal dan dukacita', 'jangan disalah gunakan' dan 'berdoa dan bersabar' sahaja.

PKR terus tidak ambil kesah, cuma ada seorang wakil dari P Pinang yang menyokong serta menyatakan bersetuju 'Allah' di guna pakai dalam agama kristian. Menurut beliau ianya termaktub dalam perlembagaan.

DAP tak perlu kita bincangkan, kerana ianya parti kafir.

Hari ini yang nampak 'ber sungguh2' cuma UMNO. Kenyataan 'menentang', memesongkan akidah dan lain2 sudah di suarakan. Cuma tindakan sahaja yang belum nampak di ambil - 'akan' merayu - bila?, tindakan sedang di ambil - tindakan apa?

Sebenarnya perkara ini buka satu perkara kecil dan mudah diselesaikan - macam buang air kecil atau buang air besar. Ianya tidak semudah itu.

Sekarang PAS atau PKR mahukan sokongan dari kaum bukan Islam. UMNO pun mahu sokongan dari kaum bukan Islam juga. Sekarang Islam dalam delima. Ini semua kerana berpecah belah dan tidak bersatu.

Melayu/Islam akan hancur jika terus berpecah dalam politik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...