Showing posts with label BN/UMNO. Show all posts
Showing posts with label BN/UMNO. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Keris kebanggaan UMNO berkarat.......................

Setiap kali PAU diadakan, Pemuda UMNO tidak pernah lupa dengan keris pusaka datuk moyang UMNO nya. Mereka berteriak sambil menghunus dan terus menjulang keris dengan bengis dan garang.

Malang nya kini keris pusaka UMNO ini sudah di simpan dalam muzium UMNO. Mengapa mereka tidak berani untuk keluarkan keris ini lagi? Pemuda UMNO sudah simpan keris nya bukan kerana musuh sudah tiada atau sudah terhapus. Jawapan sebenar nya UMNO TAKUT.

Siapa kah yang menakutkan Pemuda UMNO ini? Jawapan nya MCA dan Parti Gerakan. Pemuda UMNO takut keluarkan keris pusaka UMNO kerana cina MCA dan Gerakan sudah marah dan beri amaran supaya Pemuda UMNO jangan keluarkan keris pusaka UMNO untuk takutkan cina.

Sekarang macam mana, siapa yang dah jadi takut pada siapa? Jawapan nya Pemuda UMNO sudah takut sama MCA dan P Gerakan - terpaksa simpan sahaja keris pusakan UMNO dalam muzium UMNO hingga keakhir hayat UMNO.

Walaupun UMNO sudah simpan keris nya, cina masih simpan dendam terhadap UMNO. PRU 12 cina cuma kasi warning saja pada UMNO, UMNO kehilangan hampir 5 buah negeri dan hampir tumbang tergolek. UMNO bernasib baik kerana di selamatkan oleh penduduk2 Sabah dan Sarawak yang ketinggalan zaman.

Awas! PRU 13 hampir tiba - dendam cina masih belum berakhir. UMNO sedang di landa berbagai krisis seperti NFC dan lain2. UMNO pasti tumbang tergolek pada PRU 13 ini.

Wednesday, July 14, 2010

Perangai anjing dengan kucing UMNO masih kekal.

Pemimpin2 dan pencacai2 UMNO telah mengkhianati melayu selama 64 tahun. Semua pemimpin2 dan pencacai2 nya hidup mewah kaya raya banyak harta wang ringgit ber ribu juta. UMNO telah gagal membela nasib melayu, ekonomi negara telah dikuasai oleh bangsa asing. Hari ini bangsa asing ini sudah berani dan lantang untuk menguasai politik pula.

Melayu telah berpecah belah dan kuasa politik nya semakin lemah dan kucar kacir. Inilah hasil lumayan hadiah dari UMNO untuk melayu. UMNO telah gagal membangunkan ekonomi dan berjaya meruntuhkan kuasa politik melayu. UMNO cuba melemparkan kegagalan nya kepada parti pembangkan yang tidak pernah memerintah negara walau pun sehari.

Pemimpin2 dan pencacai2 UMNO ini cuma pentingkan kuasa mereka sahaja. Setiap kali diadakan pertanding merebut kuasa pasti berlaku RASUAH. Tidak cukup dengan rasuah, kini berlaku pula perkelahian dan pergaduhan yang sangat mengaibkan melayu.

Menjadi pemimpin atau pencacai UMNO sangat menguntungkan. Dengan jawatan ketua cawangan atau bahagian sahaja sudah boleh jadi jutawan. Ini lah yang menyebabkan mereka sanggup melakukan perkara buruk seperti rasuah dan bergaduh sesama sendiri. Perkara utama pemimpin dan pencacai UMNO ialah mengumpul harta kekayaan. Perjuangan membela melayu adalah perkara yang kedua dan terakhir.

Setelah 64 tahun, akhirnya UMNO mengaku kegagalan nya dengan menubuhkan PERKASA. Malang nya PERKASA di tentang habis habisan oleh cina. Sekarang tinggal siapa lagi yang boleh membela nasib melayu? Harafkan PAS, atau PKR? Semuanya sama sahaja - gila kuasa dan harta sama juga dengan UMNO.

Memang tepat peribahasa tentang kapak iaitu kayu menebang kayu. Akhirnya kayu juga yang tumbang.

Wednesday, May 26, 2010

UMNO/BN akan pulih sepenuhnya selepas PRU13.

PRU12 yang lepas telah menyedar kan pemimpin2 UMNO jika mereka mahu sedar tentang kedudukan sebenar parti itu. Pada PRU12 Kerajaan BN sudah tumbang di Semenanjung. Talian hayat nya diselamatkan oleh pengundi2 dari Sabah dan Sarawak sahaja.

Senario politik hari ini sudah berubah, BN/UMNO tidak lagi boleh mengharafkan talian hayat nya dapat disambung oleh rakyat Sabah dan Sarawak. PKR Sibu telah memberi isyarat bahawa sokongan mereka boleh berubah pada bila2 masa sahaja.

UMNO sudah menjadi bualan sebagai parti yang bergelumang dengan najis RASUAH. Tidak ada seorang pemimpin2 atau pencacai2 UMNO yang menjalani jalan hidup secara sederhana - semua pemimpin2 dan pencacai2 ini kaya raya, banyak harta wang ringgit berjuta2.

Negara telah dibebani oleh hutang, rakyat terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang sangat tinggi. Kemana larinya semua hasil negara? Sedangkan negara kita kaya dengan berbagai hasil di bumi dan di lautan.

Singapura yang hidup dengan berdagang sahaja pun boleh lebih maju dan mewah. Mengapa pula Malaysia ketinggalan kebelakan dari segi ekonomi nya?

Kesedaran rakyat telah mengejutkan BN/UMNO pada PRU12. Kini gelombang kesedaran rakyat ini akan berterusan sehingga kerajaan yang korupt ini tumbang.

Monday, April 26, 2010

Trend pengundi kaum cina sudah berubah.......


Politik kaum cina tidak sama dengan politik kaum melayu dan india. Kaum cina berpolitik untuk mencari keuntungan. Dimana mereka boleh nampak ada jalan untuk mengaut untung, disitu mereka akan memberi sokongan penuh.

Setelah mereka mendapat untung besar (menguasai ekonomi negara) kini mereka ingin pula menguasai politik.

Kaum cina ini sudah terlalu banyak mendapat untung semasa mereka menyokong BN. Pada PRU12 yang lepas mereka telah membuat satu ujian terhadap senario politik di tanah air kita. Mereka telah keluar ber ramai2 dari MCA dan Gerakan, mereka menyokong DAP pula.

Hasihnya, mereka berjaya menawan P Pinang dan hampir menawan Perak. Kini mereka sudah merasa lebih selesa berada dalam parti lawan iaitu DAP. Sebenarnya MCA, Gerakan, PPP atau MIC cuma tinggal nama parti nya sahaja. Hampir semua penyokong2 nya sudah berada dalam DAP.

P94 Hulu Selangor telah memberi gambaran yang jelas dan nyata, kaum cina sudah tidak memberi sokongan penuh kepada BN. Berkenaan kaum india pula, mereka cuma menyokong calun nya sahaja kerana ianya dari kaum india. Jika calun nya bukan dari kaum nya pasti mereka akan menyokong PKR.

BN akan menghadapi satu lagi ujian yang lebih besar dan pahit di P212 Sibu, Sarawak. Majoriti pengundi nya ialah kaum cina. Jika BN tewas di P212 Sibu maka harapan BN untuk berkuasa selepas PRU13 adalah sangat gelap.

Monday, January 18, 2010

Nasik sudah jadi bubur, jadi makan saja lah bubur...


Jika dikaji dari segi kecenderungan rakyat hari ini, kedudukan PR sedang berada di hadapan membelankangi BN/UMNO.

Tahun 2010, tahun yang bermula dengan memberi banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Salah satu keuntungan yang sedang dinikmati oleh PR ialah berkenaan isu agama. Sebenarnya isu agama inilah yang sangat di tunggu2 kedatangan nya oleh PR.

Isu agama ini lah satu senjata yang paling berkesan di gunakan oleh PR untuk menawan Sabah dan Sarawak. Jika pada PRU12 PR gagal di Sabah dan Sarawak, kini pada PRU13 nanti PR akan pasti meraih kemenangan yang mudah.

Sekarang, dipersoalkan mengapa isu agama ini di timbulkan dan siapa yang mahu isu ini ditimbulkan? Sebenarnya jawapan ini sudah terjawab didalam fikiran semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.

Isu ini sebenarnya boleh diibaratkan sebagai 'senjata makan tuan' kepada satu pehak, dan akan menjadi 'senjata melawan musuh' pada satu pehak yang lain pula. Walauapa pun jalan penyelesaian dibuat, ianya tidak akan banyak memberi keuntungan kepada pehak pemerintah.

Selain dari isu terbaharu 2010, terlalu banyak isu2 tertunggak yang belum dapat diselesaikan pada tahun2 yang lepas2 oleh pemerintah.

Nasik sudah jadi bubur, jadi makan saja lah bubur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...