
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa UMNO sudah ditolak oleh rakyat. Sehingga kini belum ada tanda2 bahawa UMNO semakin pulih, bahkan ianya nampak sudah semakin bertambah parah.
Tidak ada walau seorang pun pemimpin UMNO yang nampak boleh memulih kan UMNO. Walauapa pun cara yang dilakukan untuk memikat hati rakyat mendekati UMNO semula telah gagal.
Perkara ini berlaku kerana rakyat masih melihat bahawa pemimpin2 UMNO bermula dari ketua cawangan hingga keperingkat paling atas masih lagi mengamalkan cara dan gaya hidup seperti sebelum PRU12 yang lalu. Mereka masih lagi hidup ber mewah2 han dan me nunjuk2 kan harta kekayaan mereka.
Paling buruk berlaku semasa PAU yang baru lepas, rasuah bermaharaja lela. Pemimpin yang di sahkan rasuah dibenar kan berada dalam UMNO dan memegang jawatan penting pula. Bagaimana rakyat boleh terima pemimpin rasuah sebagai pemimpin UMNO.
PRU13 semakin hampir, tanggapan buruk terhadap UMNO dari rakyat masih menebal. Ianya makin bertambah tebal setiap hari kerana pemimpin2 UMNO itu sendiri tidak mahu berubah.
N11 Permatang Pasir sekali lagi menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap UMNO - terutamanya kaum melayu. Jika sekiranya UMNO gagal menawan N11 Permatang Pasir, maka UMNO pasti akan menamatkan riwayatnya pada PRU13 nanti.