Wednesday, April 8, 2009

UMNO akan lebih cepat berkubur jika ada pengampu2 seperti ini

[Biarpun ramai penganilisis politik kerajaan yang mengampu dalam ulasan mereka tentang kekalahan BN ini, namun rakyat lebih mengetahui hakikat sebenarnya. Malah dalam ulasan menerusi RTM malam tadi, salah seorang penganalis politik iaitu Profesor Madya Adzmi Hassan (foto) secara jelas menyatakan kononnya kemenangan PAS dengan tidak mendapat undi majoriti 10% sebenarnya tidaklah hebat. Malah katanya Ir.Nizar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar jika beliau benar-benar hebat katanya. Malah calon BN, Ismail Safian langsung tidak popular jika dibandingkan dengan Ir.Nizar. Bahkan beliau turut menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi bukanlah bermakna suara rakyat Perak secara keseluruhannya. Inilah alasan dangkal seorang yang bergelar "Profesor Madya" dalam membuat analisis kemenangan Pakatan Rakyat ini. Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu Pakatan Rakyat dikatakan kuat atau diterima rakyat. Baginya UMNO dan BN tetap diterima oleh sekalian rakyat di Malaysia ini]

3 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam Ex UMNO,

Profesor Madya seperti beliau bersepah di kaki lima Parti UMNO.

Dia sengaja tak sebut berapa juta ringgit UBN ditaburkan dalam bentuk projek mee segera di Bukit Gantang dan memberi duit saku untuk membeli undi. Dia tak sebut kerjasama polis , spr, alat jentera kerajaan yang lain dan UMNO untuk menumbangkan Ir Nizar calon yang memang popular sejak kebelakangan ini.

Dalam keadaan tertekan Nizar masih boleh menang dan undi Pas bertambah dibandingkan bilangan undi pada 8 Mac 2008.

Betul cakap Allahyarham Prof Syed Hussen Al Atas, Profesor Madya jenis kawan kita itu termasuk dalam katogeri Profesor kangkong.

Prof. Era Pasca said...

Profesor madya ke cani.. cam profesor mamak UMNO jer... hahah beri salah,
tak beri kalah,
dah kalah menyalak.. hehehe
habaq dia 2008 UMNO tak menang 1 tmpt pun... PERMATANG tewas, KT tewas Bkt GTG tewas BATANG AI dayak menang...

akureformasi said...

Beberapa detik sahaja lagi UMNO akan terkubur...!! Pengampu menjahanamkan UMNO. Bukan membina UMNO.. Pakatan akan terus bertakhta di mata rakyat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...