

Tun DSAAB yang bergelar sebagai (PM Mr. Clean) cuma dapat bertahan 1 penggal sahaja sebagai PM Malaysia. Pada PRU12 BN/UMNO mengalami kekalah teruk dan hampir tumbang. Kerajaan BN/UMNO terselamat kerana sokongan rakyat dari Sabah dan Sarawak sahaja.
Lantas dengan kekalahan di Semenanjung itu, hampir semua ahli2 dan sebilangan pemimpin2 UMNO menyalahkan kepimpinan Tun DSAAB dan menantu nya. Siang-malam para pemimpin dan ahli UMNO ini berteriak minta Tun DSAAB segera berundur.
Yang menghairankan, mengapa Timbalan nya TIDAK berbuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan. Sebagai Timbalan PM, inilah masanya untuk menunjukkan kehebatannya - bantu PM sehingga keadaan PULIH, BUKAN berdiam diri. (mungkin PM benarkan TPM nya membantu nya) Jika tidak, ternyata TPM gagal membantu PM semasa dalam keadaan yang genting itu. Kegagalan ini telah membuktikan kelemahan Timbanan nya.
Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih. Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.
Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH DSAAB BERUNDUR.
Yang mendukacitakan BN/UMNO tidak akan bertanding di N12 Penanti jika diadakan PRK. Ini lah sejarah pertama BN/UMNO 'boikot' PRK.
TDM mantan PM, "BN/UMNO tidak harus mengaku kalah sebelum bertanding."
Kesimpulan nya: Dimana letekanya Kelemahan BN/UMNO?
-----------------Adakah tindakan mengundurkan Tun DSAAB satu tindakan yg betul?
-----------------Bilakah BN/UMNO akan dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia?
-----------------Bolehkah BN/UMNO pulih seperti sediakala di zaman TDM?