Tuesday, March 31, 2009

KEAMANAN, KEMAKURAN DAN KEADILAN


Foto : Hiasan

Pada hemat saya pemuda dan pemudi yang mengamalkan cara hidup berteraskan agama Islam rata2 menetang keganasan dan menegakkan keadilan. Setiap laku perbuatan kerajaan yang menampakkan ketidak adilan atau kekerasan hanya mengundang kebencian mereka terhadap kerajaan.

Kerajaan harus berusaha mendekati kumpulan ini dengan cara lebih berhemah, bukan dengan cara kekerasan. Setiap kali kerajaan menunjukkan sikap kasar terhadap kumpulan ini, ianya akan menambahkan lagi bilangan rakyat yang akan membenci kerajaan.

Sebagai contoh : Jika salah seorang dari ahli keluarga yang berhimpun secara aman ini dipukul atau dicederakan atau ditangkap, ianya dengan secara tidak langsung melibatkan keseluruh ahli keluarga berkenaan membenci kerajaan, walaupun pada mulanya TIDAK SEMUA DALAM KELUARGA ITU 'menentang' kerajaan.

Menggantung akhbar parti lawan juga TIDAK memberi faedah kepada kerajaan. Kerana yang melanggan akhbar tersebut cuma dari pehak pengikut2 nya sahaja. Walaupun mereka disekat dari membaca nya, sokongan terhadap parti mereka tetap tidak berubah. Pernahkan ahli2 UMNO, MCA dan MIC membaca Harakah?

Menggantung akhbar parti lawan telah menampak kan lagi kelemahan kerajaan sahaja.

Sikap 'kasar' yang ditunjukan oleh kerajaan juga akan mengundang ketakutan kepada kaum bukan melayu juga.

Pengundi yang layak mengundi lebih ramai dari kumpulan muda mudi ini. Jika sekiranya kerajaan gagal memikat kumpulan ini menyokong kerajaan, maka pada PRU13 yang akan datang kita akan gagal membertahankan pemerintahan BN.

Umno barisan masalah

Ketua Penerangan PAS Pahang, Syed Abdul Rahman Al Khareed berkata, barisan kepimpinan Umno yang baru tidak mampu menyaingi kehebatan barisan lama dari semua segi.

Ini kerana barisan kepimpinan Umno yang baru itu adalah tokoh-tokoh kontroversi yang telah diketahui rakyat mempunyai pelbagai isu nagetif.

Bermula dengan presidennya, Dato’ Seri Mohd Najib Razak hinggalah kepada tokoh seperti Idris Jusoh, semuanya mempunyai pelbagai isu yang dipertikaikan rakyat.

Katanya, malah kemenangan barisan kepimpinan baru ini faktor penentu kejayaanya bukan disebabkan kebolehan tetapi lebih kepada politik wang.

Perkara itu diakui sendiri oleh calon ahli Majls Kerja Tertingi (MKT) Parti itu, Dato’ Seri Adnan Yaakub yang tewas dalam pemilihan Naib Presiden Umno dahulu dan tewas lagi tahun ini untuk jawatan MKT.

“Ulasan Adnan dahulu dan sekarang harus dijadikan renungan semua pihak untuk menilai pucuk pimpinan Umno sekarang,” katanya.

Ini kerana tokoh yang dianggap tidak mengamalkan politik wang didapati kalah dalam pertandingan sebaliknya tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan amalan nagetif itu pula yang menang.

Malah, jika Dato’ Seri Mohd Ali Rostam dibenar bertanding beliau pasti dengan mudah mengalah Muhyiddin Yasin dan Mohamad Mohd Muhd Taib untuk jawatan nombor dua parti.

Itulah yang terjadi kepada Khairy Jamaluddin apabila menang besar mengalahkan Dr Khir Toyo dan Muhkris Mahathir.

Bagaimanapun Umno dipercayai telah menerima politik wang itu sebagai sebahagian daripada budaya parti itu.

Justeru itu Umno telah memperkenalkan dua sistem undang-undang dalam menangani gelaja rasuah iaitu Lembaga Displin Umno berkuasa membicarakan kes rasuah ahli Umno dan undang-undang jenayah Anti-rasuah bagi rakyat biasa.

Malah lebih jauh lagi Lembaga Displin parti itu dilihat boleh pula diguna sebagai senjata untuk menghalang mana-mana tokoh yang tidak digemari pemimpin atasan untuk baik dan akan dicantas menggunakan lembaga berkenaan.

Inilah yang terjadi kepada Mohd Ali Rostam dan selepas ini kelibat beliau pasti tidak akan kelihatan lagi didalam barisan kepimpinan Umno sebagaimana berlaku kepada Tan Sri Mohd Isa Samad dahulu.

Dalam isu berkaitan, Abdul Rahman meminta menteri-menteri besar Umno yang kalah dalam pemilihan Umno baru-baru ini melepaskan jawatan masing-masing.

Beliau berkata, menteri-menteri besar yang kalah tidak wajar dikekalkan kerana kerana sudah jelas mereka ditolak oleh parti.

Dalam perhimpunan agong Umno baru-baru ini, antara menteri besar yang kalah ialah Adnan Yaakub (Pahang) serta Dr. Mohd Isa Sabu menteri besar Perlis, Dato’ Seri Mohamad Hassan Negeri Sembilan dan Dato’ Seri Mohamad Ali Rostam Melaka.

“Menteri besar yang kalah itu wajar melepaskan jawatan masing-masing,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Temerloh, Hashim Abdullah pula berpendapat, Umno semakin tidak stabil selepas perhimpunan agong baru-baru ini.

Beliau berkata, kekalahan tokoh-tokoh besar parti itu akan menimbulkan konflik dengan tokoh baru yang memenangi jawatan dalam perhimpinan agong baru lalu.

Hashim berkata, di Pahang umpamanya, kekalahan menteri besar untuk meebut jawatan MKT akan meningkatkan tekanan supaya beliau mengundurkan diri. Sebelum ini pun Adnan didesak melepaskan jawatan oleh Ketua Umno Paya Besar, Tajudin Sulaiman dan kekalahan Adnan pastinya mengembirakan Tajudin.

Begitu juga di Temerloh apabila Timbalan Ketua Umno Bahagian, Saifuddin Abdullah menang MKT sedangkan Ketua Bahagian Shakar Syamsuddin bukan MKT.

“Ini semua akan meningkatkan lagi pertembungan kuasa diantara pemimpin berkenaan nanti,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...