Copy paste dari : nalapambu-09.blogspot.com
Tuesday, February 9, 2010
Anjing merupakan
mamalia kanin dalam susunan
karnivora. Telah dikatakan bahawa anjing dipelihara semenjak 12,000 tahun, tetapi mungkin selama 150,000 tahun berasaskan bukti genetik. Pada masa kini, anjing telah berubah menjadi beratus jenis dengan banyak variasi. Sebagai contoh, ketinggian dari beberapa inci (seperti
anjing Chihuahua) sehingga hampir tiga kaki (seperti
Irish Wolfhound), dan warna dari hitam ke putih, dengan merah, kelabu (biasanya dikenali sebagai
biru), dan perang yang wujud dalam pelbagai varaiasi pola.
Anjing, seperti manusia, adalah
haiwan sosial dan
pemburu berkelompok; kesamaan dalam tabiat mereka menjelaskan bagi tabiat mudah dilatih, suka bermain, dan keupayaan bagi menyesuai dengan kehidupan dalam rumah manusia dan keadaan sosial.
Anjing memenuhi pelbagai peranan dalam masyarakat manusia dan seringkali dilatih sebagai
anjing bekerja. Bagi anjing yang tidak mempunyai tugasan tradisi, pelbagai jenis
anjing sukan memberikan peluang bagi menunjukkan kemahiran semulajadi mereka. Dalam kebanyakan negara, peranan yang paling biasa dan kemungkinannya yang paling penting adalah sebagai
teman.
Anjing telah hidup dan bekerja bersama manusia dalam banyak peranan sehinggakan ketaatan mereka mendapat gelaran "teman terbaik manusia". Anjing peliharaan manusia ini sanggup lakukan apa saja mengikut perintah tuan nya. Jarang sekali kita dengar anjing peliharaan ini engkar perintah atau berani menggigit tuan nya.Kesanggupan anjing ini ikut perintah tuan nya tidak terhad. Pernah juga terdengar cerita anjing yang sanggup mati kelaparan tidak mahu makan yang diberikan oleh orang yang bukan tuan nya. Ini berlaku kerana tuan nya sudah mati.
Pada masa yang sama, sesetengah agama seperti
Islam pula menganggap cecair yang berasal dari anjing sebagai
najis. Walaubagaimanapun, di sesetengah lokasi di mana agama Islam adalah agama majoriti, sesetengah anjing, seperti anjing
Saluki, tetap dibela, malah, dibenarkan masuk ke dalam rumah tuannya. Anjing Saluki masih dianggap sebagai anjing yang penting untuk orang Bedouin.
Dalan agama Yahudi, walaupun anjing digelarkan sebagai haiwan tidak
kosher atau 'bersih', seseorang Yahudi masih boleh membela dan menyentuh seekor anjing tetapi diharam menjadikan anjing sebagai haiwan sembelih. Dalam kebudayaan lain, anjing pula dianggap sebagai makanan.
Nala bela anjing untuk jadi jaga di dalam pagar rumah saja.
di copy paste dari:-
nalapambu