Wednesday, February 10, 2010

Memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat

Copy paste dari : nalapambu-09.blogspot.com

Tuesday, February 9, 2010

Kesetiaan Anjing Terhadap Tuan nya.


Anjing merupakan mamalia kanin dalam susunan karnivora. Telah dikatakan bahawa anjing dipelihara semenjak 12,000 tahun, tetapi mungkin selama 150,000 tahun berasaskan bukti genetik. Pada masa kini, anjing telah berubah menjadi beratus jenis dengan banyak variasi. Sebagai contoh, ketinggian dari beberapa inci (seperti anjing Chihuahua) sehingga hampir tiga kaki (seperti Irish Wolfhound), dan warna dari hitam ke putih, dengan merah, kelabu (biasanya dikenali sebagai biru), dan perang yang wujud dalam pelbagai varaiasi pola.

Anjing, seperti manusia, adalah haiwan sosial dan pemburu berkelompok; kesamaan dalam tabiat mereka menjelaskan bagi tabiat mudah dilatih, suka bermain, dan keupayaan bagi menyesuai dengan kehidupan dalam rumah manusia dan keadaan sosial.

Anjing memenuhi pelbagai peranan dalam masyarakat manusia dan seringkali dilatih sebagai anjing bekerja. Bagi anjing yang tidak mempunyai tugasan tradisi, pelbagai jenis anjing sukan memberikan peluang bagi menunjukkan kemahiran semulajadi mereka. Dalam kebanyakan negara, peranan yang paling biasa dan kemungkinannya yang paling penting adalah sebagai teman.

Anjing telah hidup dan bekerja bersama manusia dalam banyak peranan sehinggakan ketaatan mereka mendapat gelaran "teman terbaik manusia". Anjing peliharaan manusia ini sanggup lakukan apa saja mengikut perintah tuan nya. Jarang sekali kita dengar anjing peliharaan ini engkar perintah atau berani menggigit tuan nya.

Kesanggupan anjing ini ikut perintah tuan nya tidak terhad. Pernah juga terdengar cerita anjing yang sanggup mati kelaparan tidak mahu makan yang diberikan oleh orang yang bukan tuan nya. Ini berlaku kerana tuan nya sudah mati.

Pada masa yang sama, sesetengah agama seperti Islam pula menganggap cecair yang berasal dari anjing sebagai najis. Walaubagaimanapun, di sesetengah lokasi di mana agama Islam adalah agama majoriti, sesetengah anjing, seperti anjing Saluki, tetap dibela, malah, dibenarkan masuk ke dalam rumah tuannya. Anjing Saluki masih dianggap sebagai anjing yang penting untuk orang Bedouin.

Dalan agama Yahudi, walaupun anjing digelarkan sebagai haiwan tidak kosher atau 'bersih', seseorang Yahudi masih boleh membela dan menyentuh seekor anjing tetapi diharam menjadikan anjing sebagai haiwan sembelih. Dalam kebudayaan lain, anjing pula dianggap sebagai makanan.

Nala bela anjing untuk jadi jaga di dalam pagar rumah saja.

di copy paste dari:-
nalapambu

1 comment:

Tok Kiyai said...

Salam Tuan,
Walaupun anjing adalah najis mughallazah (najis berat) di sisi Islam, namun makhluk ciptaan Allah ini banyak mengajar kepada manusia tentan erti kesetiaan dan pengorbanan terhadap tuan.

Kalau manusia, hendaklah taat dan patuh pada tuannya iaitu Allah......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...