Tuesday, April 13, 2010

Penyokong UMNO yang bangang dan terus di bangangkan.


Kuasa politik melayu memang sudah terhakis. Kuasa orang melayu di Malaysia ini hanya tinggal pada kuasa politik nya sahaja. Kuasa ekonomi melayu sudah lama lenyap ditelan oleh bangsa asing. Kini bangsa asing ini sedang berusaha pula untuk melenyapkan kuasa politik kaum melayu.

Sebenar nya mereka telah berjaya memecah belahkan kuasa politik melayu sehingga terpaksa melutut kepada kaum asing ini demi untuk mengkalkan kuasa yang tinggal nyawa2 ikan ini.

P 94 telah membuktikan bertapa lemahnya kuasa politik melayu. Melayu terpaksa tunduk dan akur kepada kemahuan bangsa asing. Jika tidak, melayu akan jahanam. Cuba anda bayangkan jika P 94 majoriti pengundi nya bangsa asing, mahukah mereka menyokong melayu sebagai calun nya?

Melayu mesti segera sedar, kuasa politik melayu akan berakhir jika melayu terus berlemah lembut dan bertolak ansur dalam segala hal yang berkaitan dengan politik.

Selagi melayu bersifat murah hati dan bertolak ansur, serta berpecah belah dalam politik, tidak mustahil sedikit masa lagi melayu pasti akan diperintah oleh bangsa asing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...