Monday, January 18, 2010

Nasik sudah jadi bubur, jadi makan saja lah bubur...


Jika dikaji dari segi kecenderungan rakyat hari ini, kedudukan PR sedang berada di hadapan membelankangi BN/UMNO.

Tahun 2010, tahun yang bermula dengan memberi banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Salah satu keuntungan yang sedang dinikmati oleh PR ialah berkenaan isu agama. Sebenarnya isu agama inilah yang sangat di tunggu2 kedatangan nya oleh PR.

Isu agama ini lah satu senjata yang paling berkesan di gunakan oleh PR untuk menawan Sabah dan Sarawak. Jika pada PRU12 PR gagal di Sabah dan Sarawak, kini pada PRU13 nanti PR akan pasti meraih kemenangan yang mudah.

Sekarang, dipersoalkan mengapa isu agama ini di timbulkan dan siapa yang mahu isu ini ditimbulkan? Sebenarnya jawapan ini sudah terjawab didalam fikiran semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.

Isu ini sebenarnya boleh diibaratkan sebagai 'senjata makan tuan' kepada satu pehak, dan akan menjadi 'senjata melawan musuh' pada satu pehak yang lain pula. Walauapa pun jalan penyelesaian dibuat, ianya tidak akan banyak memberi keuntungan kepada pehak pemerintah.

Selain dari isu terbaharu 2010, terlalu banyak isu2 tertunggak yang belum dapat diselesaikan pada tahun2 yang lepas2 oleh pemerintah.

Nasik sudah jadi bubur, jadi makan saja lah bubur.

1 comment:

Anonymous said...

tak bole yakin sangat...si UMNO ni akal diorang panjang.. hehehe karang die tipu kat orng sabah ngn sarawak tu diorang caye je..tapi harapan aku mmg PR patut dapatkan sabah dan sarawak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...